Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment’10 Malam Akhir Kejar Lailatur Qadar, Kamu Lancar Video Lagu Raya Tak...

    ’10 Malam Akhir Kejar Lailatur Qadar, Kamu Lancar Video Lagu Raya Tak Berakhlak! Delete Sekarang’ – Ibu Aliff Syukri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aliff SyukriAliff Syukri

    Ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim meluahkan rasa kesal dengan tindakan anaknya yang memuat naik beberapa video promosi lagu raya baharu miliknya sehingga mengundang kecaman netizen.

    ‘Jangan hinakan diri’

    Aliff SyukriAliff Syukri

    Menerusi hantaran di Instagram, Rozita berkata anaknya sepatutnya berasa malu kerana memuat naik konten kurang sopan di media sosial dan meminta untuk berhenti mempromosikan lagu tersebut.

    Turut terkena tempias kecaman, Rozita atau mesra dengan sapaan Bonda Rozita meminta Aliff menjaga sensitivi masyarakat dan menghormati bulan Ramadan.

    Jangan hinakan diri untuk sebuah konten. Apa ada dengan lagu raya? Haram tetap haram, sudah-sudah lah tu! 10 malam terakhir kejar Lailatur Qadr, kamu lancarkan video lagu bodoh tak berakhlak!

    Mana malu? Mana letak maruah? Ambil peluang hidup cari kemanisan dan kesungguhan taubat Syukri. Maaf mak tegur terbuka. Mak dah tak kuat Syukri, orang cakap mak tak didik anak. Nak ke jadi orang kaya tapi miskin jiwa dan sensitiviti .

    Semua orang tak suka tengok. Jangan jadi orang yang nama Islam tapi tak cerminkan akhlak Islam. Delete semua video itu! Gaza, huru hara kemiskinan, kemarau berpanjangan. Bala Allah tanpa henti, tak takut ke?

    Dalam hantaran sama, Rozita berharap Aliff dapat memperbaiki diri ke arah kebaikan dan mendekatkan diri dengan Allah kerana dia percaya usahawan itu seorang anak yang baik.

    Jangan malukan mak, delete lagu itu kalau kamu sayang mak. Hentikan selamanya, jangan ada lagi lagu raya. Hidup mak dah akhir-akhir, sangat tak bahagia begini. Ramdan Syukri, hormatilah bulan mulia.

    Kamu anak harapan mak yang selalu ada hiburkan mak, tapi ini bukan apa mak nak jadi. Saat mak mati nanti, Syukri yang kena solat jenazah mak. Betulkan agama kamu, quran kamu dan niat kamu

    Kalau ini cara Syukri, di dunia lagi mak sakit dengan hinaan orang pada mak. Syukri sangat baik dengan mak, tapi dengan Allah Syukri kena usaha lebih buat kebaikan. Kasihan mak, mak merayu sebagai seorang ibu berhentulah dari berbuat begini rosakkan akhlak dan agama.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Dulu Pernah Buat Content 2022 Pasal Janda, Tak Sangka Jadi Kenyataan’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts