Nak tahu trend kecantikan Korea yang tengah hangat di kalangan selebriti? Pernah dengar tentang rawatan wajah ‘titanium lifiting’? Katanya rawatan ini merupakan cara pantas untuk mendapatkan wajah yang bersih bersinar. Tak lama hanya 10 minit sahaja.
Dilaporkan titanium lifting telah menjadi trend dalam prosedur kecantikan, dengan ramai selebriti memilihnya kerana kelebihan dan kesakitan yang minimum.
IKLAN
Titanium lifting ialah prosedur kecantikan Korea yang terkini untuk menegangkan kulit dan memperbaiki kualiti kulit.
Ia merupakan rawatan popular tanpa kesakitan yang memberikan hasil segera, untuk meningkatkan kontur wajah, menegangkan kulit, mengecilkan liang pori dan tona kulit.
Menggunakan tiga gelombang laser yang dipatenkan untuk memanaskan ligamen dan merangsang kolagen untuk mencipta hasil pengangkatan (lifiting) segera.
Kelebihan lifting titanium
- Menegangkan dan mengangkat kulit
- Mengecilkan pori-pori dan memperbaiki kualiti kulit
- Kontur wajah
- Kontur garis rahang
- Mencerahkan tona kulit
Selepas menjalani rawatan ini, kamu boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa tanpa rasa was-was. Buat masa ini, tiada sebarang kesan sampingan, dan semua orang boleh menjalani rawatan titanium lifiting.
Agaknya titanium lifiting ada tersedia di pusat dermatologi di sini tak?