Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“10 Tahun Yang Lalu, Saya Bertemu Dengan Lelaki Yang…”-Sarimah Ibrahim

    “10 Tahun Yang Lalu, Saya Bertemu Dengan Lelaki Yang…”-Sarimah Ibrahim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan pengacara jelita, Che Puan Sarimah Ibrahim membuat hantaran isitimewa buat suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar sempena perkenalan mereka selama satu dekad pada 7 Disember, hari ini.

    “10 Tahun Yang Lalu, Hari Ini Saya Bertemu Dengan Lelaki Yang…”

    Mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015, Che Puan Sarimah Ibrahim menerusi hantaran di Instagram menyatakan tangga 7 Disember adalah hari pertemuannya bersama seorang lelaki yang berjaya mencuri hati serta mengubah kehidupannya menjadi lebih baik.

    “10 tahun yang lalu, hari ini saya bertemu dengan lelaki yang mengubah hati dan hidup saya sepenuhnya untuk lebih baik. Selamat 10 tahun mengenali dan menyayangi satu sama lain pasangan sehati sejiwa saya.”-tulis Che Puan Sarimah Ibrahim di Instagram

    Dibanjiri Doa & Ucapan Peminat

    Perkongsian Sarimah Ibrahim turut dibanjiri dengan ucapan serta doa peminat dan rakan selebriti yang mendoakan agar perkahwinan pasangan yang dikurniakan seorang cahaya perempuan ini berkekalan hingga ke Jannah.

    Sekadar info, Che Puan Sarimah Ibrahim dan kerabat Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tunku Sofia Najihah.


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts