Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment10 Tempat Menarik Untuk Membeli Baju, Kuih & Kelengkapan Hari Raya Tahun...

    10 Tempat Menarik Untuk Membeli Baju, Kuih & Kelengkapan Hari Raya Tahun Ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sedar tak sedar, kurang dua minggu dari sekarang, umat Islam bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri. Ketika ini sudah tentu ramai yang sedang kalut membuat persiapan nak menyediakan busana, kelengkapan serta hiasan rumah, membeli kuih raya dan sebagainya.

    Dalam kesibukan membuat persiapan, semestinya ramai yang memilih untuk membeli belah di satu lokasi yang menawarkan segala kelengkapan yang ingin dicari.

    Jadi, usah pening kepala kerana  akan membantu korang menyenaraikan 10 lokasi membeli belah di Lembah Klang untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya tahun ini.

    Suria KLCC

    Bagi mereka yang berada di tengah-tengah ibu kota, Suria KLCC merupakan lokasi strategik untuk korang semua melakukan persiapan Hari Raya. Kalau korang nak tahu, tahun ini Suria KLCC membawakan kempen Hari Raya selama 38 hari bermula dari 15 Mac yang lalu sehingga 21 April.

    Jadi korang boleh tengok pelbagai dekorasi tersergam indah di Suria KLCC tatkala ‘shopping’. Istimewanya di Suria KLCC, korang juga boleh menerima pelbagai ganjaran yang menarik di mana pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit dari 15 Mac hingga 14 April akan menerima e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 serta satu set sampul Hari Raya eksklusif Suria KLCC.

    Selain ganjaran tersebut, 50 pembeli pertama yang membeli e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC yang bernilai RM1,000 akan menerima tambahan e-Baucar bernilai RM100. Menarik kan?

    Alamanda, Putrajaya

    Selain Suria KLCC, Alamanda yang terletak di Putrajaya juga merupakan tempat ‘shopping’ menarik buat mereka yang sudah berkeluarga. Mana taknya, dekat sini senang nak mencari tempat letak kenderaan dan mempunyai pelbagai jenama tempatan mahupun antarabangsa.

    Di samping itu, kemeriahan Aidilfitri juga dapat dirasai apabila para pembeli akan mendapat ganjaran melalui ‘Shoppers Rewards Programme’. Pembeli yang berbelanja RM700 dalam dua resit akan menerima beg anyaman berwarna-warni serta satu set Sampul Raya eksklusif. Bagi pembeli yang membelanjakan RM1,500 dan ke atas dalam dua resit, mereka akan menerima RM50 Baucar Beli- Belah Alamanda bersama beg anyaman dan Sampul Raya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Aliff Awang Mengungkapkan Kepenatan dalam Forex - 'Aku Telah Berhenti Melakukannya Selama Setahun'

    The Curve, Damansara

    Daripada fesyen, barangan kecantikan, kelengkapan rumah, barang kemas dan aksesori, The Curve merupakan sebuah pusat beli-belah terbaik dengan pilihan jenama tempatan dan trend moden serta mengimbau nostalgia.

    Bangunan yang merangkumi tiga tingkat ini mempunyai 250 kedai yang menarik! Terletak berhampiran IKEA Damansara, pengunjung boleh melihat dekorasi kad raya paling banyak di pusat beli belah tersebut. Lebih menarik, pelbagai promosi bersempena Hari Raya turut diadakan!

    Kenanga Mall atau KWC

    Kenanga Mall atau KWC adalah sebuah pusat borong yang sangat besar, dengan 800 kedai yang menjual berbagai produk fesyen seperti pakaian, aksesori, dan kasut. Harga barang-barang yang dijual di KWC sangat berpatutan dan lebih murah daripada harga di pasaran utama. Ada juga barang-barang yang dijual dengan harga borong jika dibeli secara pukal.

    KWC juga sangat sesuai untuk seisi keluarga yang ingin mendapatkan pelbagai kelengkapan Syawal mengikut citarasa dan bajet masing-masing.

    Pusat beli-belah ini dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta yang luas, surau, dan restoran, sehingga para pengunjung dapat berbelanja dengan lebih selesa dan mudah.

    Sunway Pyramid

    Selain Suria KLCC, Alamanda Putrajaya dan One Utama, Sunway Pyramid juga merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan tatkala menjelang musim perayaan. Mempunyai pelbagai jenis kedai pakaian daripada jenama yang murah sehingga harga mampu milik, pengunjung pasti rambang mata nak buat pilihan sekiranya shopping di Sunway.

    Bukan itu sahaja, boleh dikatakan semua kedai di dalam Sunway Pyramid melakukan promosi sempena Hari Raya.

    Sogo, Kuala Lumpur

    Sebut sahaja Sogo, pasti ramai orang suka membeli belah di sini. Terletak di ibu kota, kompels Sogo ini boleh dikatakan sangat besar dan mempunyai pelbagai kelengkapan terutama untuk musim perayaan. Korang boleh beli baju, seluar, kasut, barangan peribadi, produk kosmetik, minyak wangi, barang perhiasan rumah, barang kelengkapan rumah dan macam-macam lagi di sini.

    ALSO READ:  Hukum Ziarah Kubur Di Pagi Raya Jadi Tanda Tanya, Ini Penjelasan Ustaz Wadi Annuar

    Paling best, harga dekat sini murah! Kalau korang tak puas shopping di Sogo, kawasan di sekelilingnya juga penuh dengan pelbagai butik pakaian untuk korang cuci mata.

    Bangi Sentral

    Bangi Sentral ialah sebuah pusat jualan yang menempatkan pelbagai butik pakaian. Bagi korang yang masih tidak tahu rekaan baju raya bagaimana yang hendak digayakan di pagi Syawal nanti, bolehlah datang ke Bangi Sentral.

    Kawasan ini menjadi pilihan pencinta fesyen dan dianggap sebagai syurga membeli-belah oleh kaum wanita. Terdapat bermacam-macam fesyen Muslimah yang boleh dibeli pada harga yang sangat berpatutan.

    Jakel Mall

    Dalam menyambut musim perayaan yang penuh keceriaan, trend baju raya sedondon untuk tahun 2024 menjanjikan kombinasi yang sempurna antara gaya kontemporari dan nilai-nilai tradisional. Baju raya sedondon tidak hanya menjadi pilihan yang popular bagi pasangan suami isteri, tetapi juga mendapat permintaan yang tinggi bagi anak-anak menjelang hari Raya.

    Jadi, Jakel Mall merupakan lokasi yang sesuai untuk ibu bapa membeli belah sempena Hari Raya tahun ini. Di Jakel, korang boleh membuat pelbagai pilihan dari segi warna, corak mahupun kualiti kain. Jadi senang bagi korang yang mahu beraya sedondon.

    Starvendors KLCC Mega Raya Fest

    Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024 kembali lagi tahun ini bertempat di Hall 4 & 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 29 Mac hingga 1 April 2024 selama 24 jam tanpa henti. Acara kali ini merupakan edisi ke-15 penganjuran dibawah Star Vendors Event Sdn Bhd.

    Acara penuh gilang gemilang ini akan berlangsung selama empat hari dan 24 jam tanpa henti bermula jam 8 malam pada 29 Mac. Acara ini juga memberi tumpuan kepada pelbagai pilihan jenama dan produk termasuk fesyen, kecantikan, kesihatan, barangan keperluan rumah, kuih raya, makanan minuman dan lain-lain yang membabitkan lebih 300 booth.

    ALSO READ:  [VIDEO] Momen Azizulhasni Awang Peluk Anak-Anak Undang Sebak – ‘Suatu Hari Nanti Kisah Bapa Mereka Akan Masuk Dalam Buku Teks’

    Selain dari memberi peluang pada usahawan tempatan, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024 bakal menyaksikan pembabitan 70 selebriti dan influencer terkenal tanah air yang turut membuka booth dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.

    Kalau korang nak tahu, antara tarikan terbaru bagi acara Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024 adalah hadiah duit raya bernilai RM100,000, sebuah kereta Audi TT, sebuah kereta Perodua Alza dan 5 buah unit Iphone. Bestnya!

    Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024

    Absolute Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 (ABXGR24) kembali berlangsung pada tahun ini dengan menawarkan peluang kepada orang ramai membeli-belah selama 66 jam tanpa henti untuk persediaan menyambut kedatangan Syawal.

    Penganjuran tahun ini menyediakan lebih 900 tapak jualan dan membawakan lebih 120 selebriti dengan persembahan dan cabutan bertuah sepanjang acara berlangsung.

    Pada masa yang sama, lebih 80 vendor akan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa dan sahur.

    Bukan itu sahaja, ABXGR24 yang bakal berlangsung di MITEC Kuala Lumpur pada hari esok sehingga 1 April nanti bakal menawarkan pelbagai promosi kepada para pengunjung. Jadi tunggu apa lagi! jom serbu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts