Akhirnya, selepas 13 tahun berlalu dengan sejarah hitam yang penuh dengan persengketaan, pelakon Ammar Alfian dan pengarah Syamsul Yusof kini kembali berbaik-baik.
Siapa sangka, dua figura yang pernah jadi headline gara-gara hampir bertumbuk di restoran pada tahun 2013 itu, akhirnya boleh bergelak ketawa bersama-sama, merapatkan hubungan yang dulunya renggang.
Dan cara mereka menunjukkan perdamaian itu bukan dengan sidang media formal atau video klip penuh dramatik, tetapi melalui gambar di aplikasi Threads, Ammar memuat naik gambar yang menunjukkan Syamsul memeluknya dengan wajah penuh ceria.
Tidak ada lagi cakap-cakap yang “garing” atau dingin, sebaliknya mereka berdua kelihatan seolah-olah kembali seperti zaman zaman muda-muda dulu.
Ammar, yang kini berusia 37 tahun, dengan nada penuh bijak berkata, “13 tahun sudah berlalu, masa lalu adalah masa lalu. Tahun 2025 akan menjadi tahun yang lebih baik. Insya-Allah.”
Wah, nampaknya bukan sahaja mereka berdua yang berharap agar hubungan ini menjadi lebih baik, peminat juga turut tumpang gembira melihat mereka berbaik semula. Rata-rata komen dalam ruangan gambar itu menunjukkan sokongan penuh, sambil berharap kedua-dua mereka dapat terus berkawan dan bekerjasama untuk projek-projek akan datang.
Ada juga yang menyarankan agar mereka menghasilkan filem aksi bersama, entah mungkin sebagai babak aksi melawan masa lalu atau sekadar ingin melihat dua orang “hero” ini bekerjasama menghasilkan karya hebat.