Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment’13 Tahun Tunggu Zuriat, 5 Hari Hantar Taska Bayi Maut’ – Bapa...

    ’13 Tahun Tunggu Zuriat, 5 Hari Hantar Taska Bayi Maut’ – Bapa Dakwa Pengasuh Sumbat Botol Susu, Tekup Muka Anak Dengan Bantal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bapa kepada seorang bayi yang meninggal dunia di sebuah TASKA di Kelemak, Melaka pada Jumaat mendakwa anaknya telah ditekup dengan bantal sehingga tidak bernyawa.

    ‘Kami menanti 13 tahun untuk dikurniakan anak’

    Memetik laporan Buletin TV3, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim berkata, pada awalnya dia percaya bahawa anak lelakinya yang berusia 8 bulan itu meninggal dunia akibat tersedak susu sehinggalah dia melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

    Apabila melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), saya memang tidak percaya. Saya sendiri tengok dengan polis. Berdasarkan rakaman kejadian berlaku dalam sekitar jam 8 pagi.

    Dalam pada itu, Fikry mengakui apa yang dilakukan pengasuh terhadap anak tunggalnya itu adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima.

    Pengasuh bedung anak saya, dia sumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup muka dengan bantal. Itu memang saya tidak boleh terima.

    Fikry berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya sekitar jam 9 pagi iaitu selepas menerima panggilan telefon yang memaklumkan keadaan bayinya sudah biru, selain mulut turut keluar darah.

    Setibanya di TASKA, isteri mendapati anak kami sudah tidak sedarkan diri dan muka sudah bertukar biru selain mulutnya juga berdarah.

    Isteri kemudian terus bergegas membawa anak ke Hospital Alor Gajah meskipun pihak TASKA meminta dibawa ke klinik kesihatan. Bagaimanapun sebaik tiba di hospital bayi kami disahkan sudah tiada.

    Fikry yang bertugas di Kem Perdana, Sungai Besi memaklumkan, anaknya itu baru lima hari dihantar ke TASKA berkenaan memandangkan isterinya akan mula bekerja tidak lama lagi selepas kira-kira setahun cuti tanpa gaji.

    Kami menanti 13 tahun untuk dikurniakan anak dan selepas lima hari dihantar ke TASKA, tidak sangka pula hal ini berlaku.

    Difahamkan, polis telah menahan seorang pengasuh wanita disyaki terlibat dalam kes kematian bayi berkenaan.

    ALSO READ:  Fazley Kesal Jadi Mangsa Manipulasi AI, Siap Ada Datang Nak Beri Sumbangan – ‘Tolong Jangan Mudah Percaya’

    Suspek yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts