Setelah 17 tahun berada di dalam industri muzik tanah air, penyanyi Haqiem Rusli meluahkan rasa syukur dan bangga melihat perjalanan karier seninya.
6 lagu hits
Menerusi sebuah posting di Instagram, Haqiem dilihat memuat naik enam foto muzik video lagunya yang hits sepanjang menjadi seorang penyanyi.
Menurut Haqiem, kesemua lagunya itu mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pendengar. Bahkan lagu terbarunya yang berjudul ‘Sangkar Derita’ telah meraih 9.5 juta tontonan di Youtube dalam masa tiga bulan.
Setelah 17 tahun in the Malaysian music industry, I can say it has been quite a good journey for me, Syukur. Here are 6 of my hit songs that I consider my mainstay whenever I perform. Ada lagi lagu-lagu lain yang juga favourite saya antaranya lembah kesepian, adlina marie, hitam saksi putih, aku hati, perasaan dan lain lain.
Tambah Haqiem, dia berjanji akan menghasilkan lebih banyak lagu dan muzik yang berkualiti untuk semua.
Saya akan terus menghasilkan muzik yang bagus mengikut aliran muzik semasa and saya lebih free nak buat music sekarang sebab this year saya dah start produce sendiri hiks, saya jarang bercakap panjang di caption so kasi chance lah haha.
Ujar Haqiem lagi, dia mempunyai banyak masa lapang tahun ini. Oleh sebab itu, dia akan menghasilkan sendiri semua lagu-lagu untuk masa akan datang.
Jadi posting ni sebenarnya saja untuk menghargai lagu-lagu saya dan peminat-peminat yang terus menyokong my journey dalam industry muzik ini. Lagu baru nak genre macam mana pula?