Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment2 Rakyat Malaysia Mengaku Bersalah Terlibat Insiden Pengeboman Bali 2002, Sempat Taubat...

    2 Rakyat Malaysia Mengaku Bersalah Terlibat Insiden Pengeboman Bali 2002, Sempat Taubat Setelah 2 Dekad Dipenjarakan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perasaan marah yang tidak terkawal dan tidak mampu mengawal kemarahan diidentifikasi sebagai punca utama kebanyakan kes pembunuhan.

    Kemarahan yg tidak terkawal secara berkala (intermittent explosive disorder) atau tekanan emosi boleh berlaku jika tidak memberikan perhatian awal dalam mengawal pengurusan marah dan kurang keyakinan diri secara sempurna.

    Lebih membimbangkan ialah ia boleh mendorong individu bertindak agresif hingga membunuh, meskipun berpunca daripada perkara kecil atau sebaliknya.

    Dendam barangkali sudah berlaku sejak lama tetapi dipendamkan sahaja. Apabila sampai ke suatu peringkat, apabila sahaja marah tercetus, mulalah berlaku keganasan dan tindakan agresif yang hingga tanpa sengaja me­ngakibatkan kematian

    Berbahas soal ini, baru-baru ini dua rakyat Malaysia yang mengaku bersalah minggu lalu atas pertuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman Bali pada 2002 memohon maaf atas tindakan mereka dan memberi jaminan sudah berubah selepas lebih dua dekad dipenjarakan.

    Memetik laporan penuh Berita Harian, Mohammed Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Lep, 47, yang didakwa pada 2021 iaitu 18 tahun selepas mereka ditahan di Thailand mengaku bertanggungjawab atas tindakan terbabit dan menyedari ia perbuatan salah.

    Kedua mereka berkata demikian ketika perbicaraan di Mahkamah Tentera semalam iaitu sehari selepas ahli keluarga sebahagian daripada 202 mangsa yang terbunuh dalam pengeboman itu menceritakan penderitaan yang dirasai sehingga hari ini.

    “Saya mohon maaf. Saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Saya bukan lagi orang muda yang cepat marah seperti dulu,” kata Mohammed Farik.

    Sementara itu, Mohammed Nazir turut mengeluarkan kenyataan hampir sama dan turut mengaku kesilapannya.

    “Saya kini insan lebih baik berbanding 20 tahun lalu. Saya belajar daripada kesilapan,” katanya sambil menambah ketika serangan itu berlaku, dia masih muda, tidak matang dan degil, selain mengaku kini makin matang seiring dengan peningkatan usia.

    Memetik portal Benar News, menerusi kenyataan di mahkamah, Mohammed Farik, berkata ketika ke Afghanistan sebelum insiden pengeboman Bali, dia bimbang mengenai penderitaan umat Islam di seluruh dunia.

    ALSO READ:  Mencari Siapa Dalang Sebar Maklumat Dalaman Polis, Nama Mamat Bekas Kumpulan Sepah Pula Disebut-Sebut Netizen

    Selain itu, dia memaklumkan bersetuju untuk memindahkan wang untuk membantu beberapa orang yang terbabit dalam serangan yang berlaku di pulau Indonesia itu, dua bulan sebelum insiden pengeboman terbabit.

    Graduan jurusan seni bina di England itu berkata, ibunya mengajar mereka untuk taat kepada agama, memastikan mereka solat, jujur dan membesar menjadi insan baik.

    Minggu lalu, kedua-dua mereka mengaku bersalah atas pembunuhan, konspirasi dan tiga pertuduhan lain berkaitan pengeboman itu.

    Sekadar info, Hakim memberitahu mereka berdepan hukuman penjara 20 hingga 25 tahun mengikut perjanjian prabicara.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts