Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment2 Saksi Lihat Zayn Rayyan Berseorangan Dan Masih Hidup 5 jam Selepas...

    2 Saksi Lihat Zayn Rayyan Berseorangan Dan Masih Hidup 5 jam Selepas Dilaporkan Hilang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini, dua orang saksi mengaku melihat Zayn Rayyan Abdul Matiin kira-kira 5 jam selepas kanak-kanak autisme itu disedari hilang oleh ibunya kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 5 Disember.

    Dua saksi tersebut mengatakan bahawa mereka melihat mangsa berada di tingkat dua dan tingkat tiga Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, dalam keadaan berseorangan.

    Mengutip laporan berita dalam talian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan pernyataan tersebut dan berkata bahawa dua orang saksi tersebut memberitahu bahawa mereka melihat Zayn Rayyan antara jam 5 hingga 5.30 petang pada hari terbabit.

    Beliau memberitahu bahawa kedua-dua saksi yang memberikan petunjuk baharu itu dikesan melalui pemeriksaan pintu ke pintu (mass screening) melibatkan penduduk Apartmen Idaman sejak 8 Disember lalu.

    “Melalui mass screening itu, pihak polis mendapati ada dua kanak-kanak terlihat mangsa berada di tingkat dua dan tingkat tiga di Blok R pada hari berkenaan,” katanya.

    Walau bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jantina dan umur kedua-dua saksi kanak-kanak tersebut.

    Selain itu, beliau berkata polis juga mengambil 10 lagi sampel DNA menjadikan jumlah terkini sebanyak 238 sampel.

    “Setakat ini, kita juga sudah merakam keterangan 86 individu dan masih ada lagi individu yang akan dipanggil untuk dirakam keterangan,” katanya hari ini.

    Untuk rekod, Zayn Rayyan, yang berusia 6 tahun, disedari hilang kira-kira jam 12.30 tengah hari 5 Disember lalu, di blok kediaman mereka di Apartmen Idaman, sebelum ibunya membuat kenyataan di media sosial dan melaporkan kejadian tersebut kepada polis pada jam 6.36 petang pada hari yang sama.

    Sebelum ini, media melaporkan bahawa polis telah meningkatkan siasatan termasuk pemeriksaan pintu ke pintu serta menjalankan saringan sampel DNA secara beramai-ramai di Apartmen Idaman dan sehingga Ahad lalu, polis telah mengambil sampel daripada 228 individu.

    ALSO READ:  Zayn Rayyan murder: Police collect samples from family residence

    Tindakan tersebut diambil untuk membantu siasatan polis dalam menyelesaikan kes pembunuhan kanak-kanak istimewa berusia enam tahun yang ditemui mati di anak sungai berhampiran kawasan tersebut kira-kira 200 meter dari rumah keluarganya di Blok R Apartmen tersebut.

    Pada hari sebelumnya, Hussein mengumumkan bahawa polis telah menemui sehelai sarung kaki dalam takungan air di kawasan anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan pada 6 Disember lalu.

    Sarung kaki tersebut berjaya dijumpai selepas polis memompa keluar air dari kawasan terbabit semalam.

    Hussein menyatakan bahawa sarung kaki tersebut akan diperiksa dan dianalisis terlebih dahulu untuk menentukan sama ada ia milik mangsa atau tidak.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts