Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment20 Tahun Dalam Persada Seni, Jaclyn Victor Bakal Adakan Konsert Solo Oktober...

    20 Tahun Dalam Persada Seni, Jaclyn Victor Bakal Adakan Konsert Solo Oktober Ini – ‘Sebagai Penghargaan Terhadap Sokongan Peminat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    jacjac

    Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor mengumumkan bakal mengadakan konsert solo buat julung kalinya.

    Konsert solo

    Dipersembahkan oleh Rag Doll Records dan hasil kerjasama Banyak Bagus Entertainment serta Awake Production, membawakan Jaclyn Victor First Solo Concert yang dijadualkan bakal berlangsung pada 12 Oktober ini bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

    Pemilik nama Jaclyn Joshua Thanaraj Victor mengakui, dia mempunyai perasaan gementar namun sangat teruja untuk menjayakan konsert tersebut.

    Pertama kali membincangkan tentang Jaclyn Victor First Solo Concert bersama Banyak Bagus Entertainment selaku rakan penganjur, jujur saya gemuruh tapi sangat teruja.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Di Bawah Pohon Asmara ini berkata, tempoh masa dua dekad telah memberinya banyak pendedahan untuk bergelar anak seni yang berkaliber.

    Ini merupakan konsert sulung dan besar untuk saya. Saya percaya tempoh 20 tahun menjadi anak seni dan mengutip ilmu serta pengalaman, sudah masanya saya menghiburkan peminat dalam sebuah konsert sebagai penghargaan terhadap sokongan mereka sehingga nama Jaclyn Victor masih kekal relavan sehingga dua dekad.

    Kejayaan demi kejayaan yang diraih menerusi pertandingan program realiti juga membuktikan bahawa Jaclyn mampu untuk terus menyinar di dalam industri seni.

    Pada konsert tersebut, para peminat juga bakal menyaksikan penyanyi berusia 45 tahun itu mempersembahkan sekitar 25 buah lagu dengan iringan pengarah muzik terkenal iaitu Genervie Kim.

    Untuk anda yang berminat, jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket konsert yang akan dijual mulai 6 Jun ini di www.livepass.asia.

    Harga bermula dari RM258 (JAGALAH DIRI), RM328 (CINTA TIADA AKHIRNYA), RM388 (BERTEMU DI KALBU), RM438 (IKUT RENTAKKU), RM488 (GEMILANG), RM688 (VIP) sehingga RM888 (VVIP-BOX untuk 10 orang).

    ALSO READ:  Sila Beri Ruang & Masa, Shakilla Khoriri Minta Maaf Atas Ralat Majlis Diceroboh ‘Orang Luar’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts