Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment20dB Hearing Tawar Promosi Double Bonanza & Ujian Pendengaran Secara Percuma!

    20dB Hearing Tawar Promosi Double Bonanza & Ujian Pendengaran Secara Percuma!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pernah tak korang perasan keluarga atau kawan-kawan korang struggle nak mendengar sampai hilang keyakinan diri nak bergaul, dan akhirnya menjauhkan diri daripada aktiviti-aktiviti perjumpaan. 

    Tak sampai hati rasanya tengok ayah, ibu atau seseorang yang kita sayang, pendam kesunyian macam tu. Kadang-kadang sampai menjerit-jerit nak bercakap dengan diorang.

    Korang tahu tak, punca diorang menjauhkan diri tu besar kemungkinannya berpunca daripada masalah pendengaran?

    Tapi macam mana nak tahu betul ke tak punca tu dari masalah pendengaran? Pernah dengar tak Pusat Rehabilitasi Pendengaran 20dB Hearing?

    20dB Hearing adalah sebuah pusat penjagaan pendengaran sejak tahun 2002 dan merupakan penerima sijil ISO yang pertama dalam bidang ini. 

    Betapa mudahnya sekarang, korang boleh set temu janji dengan 20db Hearing untuk pemeriksaan pendengaran di mana-mana saja di Malaysia kerana 20dB Hearing mempunyai 31 cawangan di seluruh Malaysia dengan bilangan Audiologist atau Pakar Pendengaran yang bertauliah yang mendaftar bawah MAHPC (Malaysian Healthcare Practitioner Council) yang teramai di Malaysia, dan mereka sentiasa bersedia untuk membantu memberi harapan untuk insan tersayang korang yang sedang berjuang dengan masalah pendengaran mereka. 

    20dB Hearing raikan ulang tahun dengan ujian pendengaran & percubaan alat bantu pendengaran secara percuma!

    Ha kalini, Sempena ulang tahun 20dB Hearing yang ke-22 dan hari Kebangsaan, 20dB Hearing akan melancarkan Promosi “DOUBLE BONANZA” bermula dari 15 Julai 2024 hingga 30 September 2024.

    Promosi ini menawarkan ujian pendengaran dan Percubaan Alat Bantu Pendengaran Premium yang berkualiti tinggi secara PERCUMA.

    Kalau korang nak periksa pendengaran korang atau nak tahu lebih lanjut tentang masalah dan Kesihatan pendengaran korang , min rekomen sangat korang cuba alat bantu pendengaran yang premium dari 20dB Hearing ni dengan buat temu janji di 20dB hearing di cawangan yang terdekat dengan rumah korang. 

    ALSO READ:  [VIDEO] Puteri Aisyah Tayang ‘Babybump’, Umum Hamil Cahaya Mata Sulung!

    Pelbagai ciri istimewa yang ada!

    Alat bantu pendengaran di 20dB Hearing mempunyai pelbagai Brand yang menarik dan canggih termasuklah Brand Unitron Vivante dan Unitron Partner Mic.

    Brand ini menggunakan teknologi Swiss yang  mempunyai teknologi AI yang terkini. Tidak lupa juga Brand Unitron Vivante mempunyai reka bentuk yang trendy dan kecil dalam pelbagai warna mengikut citarasa korang.

    Selain itu, Brand Unitron Vivante kini mempunyai fungsi soft voice dimana ia sangat membantu pengguna untuk berkomunikasi dengan lebih jelas walaupun sedang memakai topeng muka.

    Bukan itu sahaja, alat bantu pendengaran ini juga boleh berhubung dengan pelbagai handphone, komputer dan TV melalui fungsi Bluetooth yang ada di dalam alat bantu pendengaran tersebut untuk berkomunikasi dengan lebih baik  samada dalam talian atau di luar talian telefon. 

    Penyelesai masalah yang hebat untuk pendengaran yang lebih jelas!

    Sempena promosi DOUBLE BONANZA ini, kalau korang buat pembelian alat bantu pendengaran Brand Unitron Vivante, korang akan berpeluang mendapat hadiah yang menarik termasuklah Unitron Partner Mic.

    Unitron Partner Mic merupakan mikrofon tanpa wayar yang akan menyediakan pengalaman pendengaran yang lebih baik dan jelas untuk pengguna alat bantu pendnengaran di tempat yang bising atau di tempat yang luas.

    Antara kelebihan yang ada pada Unitron PartnerMic  adalah:

    • Mudah Digunakan: Hanya klipkan PartnerMic pada pakaian untuk menggunakannya
    • Transmisi Tanpa Wayar: Menggunakan teknologi tanpa wayar untuk menghantar suara orang yang bercakap terus ke alat pendengaran pengguna untukmemberikan kualiti bunyi yang lebih jelas.
    • Reka Bentuk Mudah Alih: Kecil dan ringan, mudah dibawa, sesuai untuk digunakan di pelbagai tempat dan aktiviti seperti di tempat mesyuarat, restoran, dan aktiviti luar.
    ALSO READ:  Muat Naik Kisah Sang Nenek Terlalu Obses Dengan Wanita Cantik Di Instagram, Aliff Aziz Letak ‘Disclaimer’ Tidak Ada Kena Mengena…

    Jadi, kalau korang berada dalam persekitaran yang bising, mesyuarat mahupun aktiviti luar, PartnerMic ni akan membantu memberikan pendengaran dengan lebih jelas.

    Korang pun dapatlah fokus pada perbualan tersebut kan?

    Jom daftar untuk ujian pendengaran percuma & dapatkan rebat sehingga RM1600 dengan 20dB Hearing!

    Kalau korang nak tahu, 20dB Hearing adalah satu-satunya pusat penjagaan pendengaran di Malaysia yang diiktiraf kualiti antarabangsa ISO 9001:2015. Kalini, mereka ada menyediakan saringan pendengaran dan percubaan alat bantu pendengaran secara percuma (terma dan syarat dikenakan).

    Para Audiologist juga mengesyorkan ujian pendengaran sekurang-kurangnya sekali setahun kerana pendengaran mungkin akan merosot keranafaktor usia atau faktor persekitaran.

    Jadi, kalau korang nak cuba, boleh cepat-cepat daftar sekarang untuk dapatkan pakej percuma seperti: 

    • Ujian Pendengaran & Konsultasi oleh  Audiologist
    • Percubaan alat bantu pendengaran premium di rumah
    • Rebat segera sehingga RM1600
    • Hadiah menarik bernilai sehingga RM1500

    Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini untuk memastikan pendengaran korang sentiasa sihat dan berfungsi dengan baik. Layari laman web mereka untuk maklumat lanjut atau boleh je klik SINI! Terma dan syarat dikenakan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts