Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, October 2, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment23 Murid Termasuk Guru Maut Selepas Bas Sekolah Terbakar

    23 Murid Termasuk Guru Maut Selepas Bas Sekolah Terbakar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seramai 23 orang pelajar termasuk murid tadika dan tiga guru dilaporkan terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar, pada Selasa.

    Bas lawatan terbakar

    Memetik laporan Bangkok Post, kejadian yang berlaku di utara Thailand itu dipercayai berpunca apabila salah satu tayarnya meletup sehingga menyebabkan kenderaan terbabit melanggar penghadang lebuh raya sebelum terbakar.

    Difahamkan, bas yang membawa 44 penumpang termasuk 38 pelajar dan enam guru dari Sekolah Wat Khao Phraya di daerah Lan Sak itu sedang dalam perjalanan pulang ke ibu kota Thailand setelah lawatan sekolah ke utara negara itu.

    Siasatan lanjut sedang dijalankan

    Sementara pihak polis forensik menyatakan bahawa daripada 23 mayat yang ditemukan, 11 daripada mereka adalah lelaki, tujuh adalah wanita, dan lima lagi tidak dapat dikenalpasti. Selebihnya yang terselamat kini sedang mendaptkan rawatan di hospital.

    Kesemua mayat telah dihantar ke Institut Forensik di Hospital Besar Polis, dan sampel DNA akan diambil daripada waris bagi membantu proses pengecaman.

    Walau bagaimanapun, umur kanak-kanak terlibat masih belum disahkan tetapi menurut sumber, sekolah terbabit menyediakan pendidikan untuk pelajar berumur antara tiga hingga 15 tahun.

    Timbalan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, berkata siasatan lebih terperinci sedang dijalankan dan pemandu bas terbabit dikatakan telah menyerah diri di balai polis.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts