Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment28 Tahun Tak Daftar Nikah, Wanita Ragu Nasab 10 Anak – ‘Saya...

    28 Tahun Tak Daftar Nikah, Wanita Ragu Nasab 10 Anak – ‘Saya Rasa Dah Lebih 3 Kali Cerai & Rujuk Tapi Suami Kata 2 Kali Je’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Suami Culik IsteriSuami Culik Isteri

    Tak dinafikan, ada dalam kalangan pasangan di Malaysia memilih untuk bernikah di Thailand atas beberapa faktor tertentu.

    Meskipun ianya sah disisi agama namun mereka perlu mendaftar semula perkahwinan mereka di Malaysia agar status berkenaan dapat disahkan mengikut undang-undang.

    Mungkin dah cerai lebih 3 kali

    Baru-baru ini, seorang peguam Syarie iaitu Hazwani Zainal berkongsi kisah seorang wanita yang meragui akan status perkahwinannya dengan suami.

    Menurut wanita ini, dia dan suami telah bernikah di Thailand sejak 28 tahun yang lalu namun tidak pasti berapa kali mereka sudah bercerai sebelum mengambil keputusan untuk merujuk semula.

    Kami tak pernah daftar sebab saya isteri kedua. Lagipun kami dah 28 tahun bersama. Cuma baru-baru ini, terlintas dekat fikiran saya sah ke mikah kami ni dan apa status saya dengan suami sekarang.

    Saya rasa macam dah lebih dari tiga kali cerai tapi suami kata dua kali je.

    Tambah wanita ini lagi, hasil perkahwinan dia dan suami, mereka dikurniakan 10 orang anak dan anak sulung mereka kini berusia 27 tahun.

    Boleh timbul isu anak tak sah taraf

    Susulan daripada itu, peguam menasihati wanita ini agar memfailkan pengesahan pernikahan untuk memastikan status perkahwinan tersebut sah atau tidak.

    Jika pernikahan puan di Thailand sah, baru puan dapat pengesahan untuk mahkamah tentukan sama ada masih ada jumlah talak yang berbaki atau sebenarnya dah terjatuh talak 3.

    Tetapi andai kata mahkamah putuskan pernikahan itu sebenarnya dah talak 3, jadi anak yang dilahirkan selepas talak 3 perlu disahkan nasab mereka sebab timbul isu anak tu tak sah taraf atau tidak.

    Susulan daripada kisah tersebut, orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dan tidak mengambil mudah dengan hal melibatkan pernikahan dan perceraian.

    ALSO READ:  [VIDEO] Zarina Zainuddin Sebak Fikir Tentang Azal & Azil – ‘Ya Allah Kalau Nak Cabut Nyawa Aku, Cabutlah Sekali Nyawa Anak Aku’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts