Peminat kumpulan Kotak, Ifan Seventeen, dan Marcello Tahitoe pasti ingin menonton persembahan mereka secara langsung. UnUsUaL Entertainment akan membawa mereka ke Malaysia untuk Indonesian Music Festival yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2024, bermula jam 7 malam.
Kotak, kumpulan muzik rock Indonesia yang ditubuhkan pada 27 September 2004, terdiri daripada Tantri (vokalis), Chua (pemain bass), dan Cella (pemain gitar utama). Mereka terkenal dengan lagu-lagu seperti “Pelan-Pelan Saja,” “Masih Cinta,” dan “Tendangan Dari Langit,” serta telah memenangi pelbagai anugerah muzik termasuk Anugerah Muzik Indonesia dan Anugerah Planet Muzik.
Ifan Seventeen, yang popular dengan lagu “Kemarin,” akan tampil sebagai penyanyi solo setelah insiden kecelakaan yang menimpanya pada tahun 2018. Ifan, atau nama sebenarnya Rifian Fayacia, berusia 41 tahun dan dijangka akan menghiburkan penggemar dengan lagu-lagu Seventeen seperti “Cinta Jangan Disembunyikan” dan “Menunggu Kamu.” Ifan kini lebih memilih untuk bernyanyi solo, menampilkan lagu-lagu ciptaan Herman Sikumbang dengan penuh emosi dan keindahan.
Marcello Tahitoe, yang lebih dikenali sebagai Ello, juga akan menghiburkan penonton di festival ini. Penyanyi, komposer, dan produser muzik Indonesia ini merupakan vokalis baru kumpulan Dewa 19 sejak 2022.
Ello, yang berasal daripada keluarga seni, pernah menerima pelbagai anugerah seperti Pendatang Baru Terbaik dan Album Pop Terbaik pada 2005. Antara lagu-lagu popularnya termasuk “Gak Kayak Mantanmu” dan “Kisah Kita T’lah Usai.”
Untuk menonton persembahan hebat ini, tempahlah tiket yang dijual pada harga RM488 (VIP), RM388 (CAT 1), RM338 (CAT 2), RM288 (CAT 3), dan RM188 (CAT 4). Tiket-tiket mula dijual pada 1 Julai di my.bookmyshow.com/ Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti UnUsUaL Entertainment di Facebook dan Instagram.