Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment3 Hari Untuk Rakam Lagu PENTAS, Bil Musa Akui Lagu Kerohanian Perlukan...

    3 Hari Untuk Rakam Lagu PENTAS, Bil Musa Akui Lagu Kerohanian Perlukan Lebih Penghayatan Dan Konsentrasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Di kalangan peminat muzik indie tempatan, nama Bil Musa tidaklah asing.

    Hadir Dengan PENTAS

    Kini penyanyi-penggubah lagu yang terkenal dengan karya-karyanya yang ‘healing’ kembali dengan single terbaru berjudul ‘PENTAS’.

    Ia adalah hasil ciptaan komposer terkenal, Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat, manakala diterbitkan oleh syarikat rakaman terkenal, Armani Entertainment Group (AEG).

    Buat Bil Musa, dia perlu mengambil masa untuk menghasilkan karya seni, sejurus lagu Pantang dilancarkan, dalam satu kerjasama bersama Noki.

    Berunsurkan Kerohanian

    via Armani Entertainment

    Lagu PENTAS yang berunsurkan kerohanian merupakan idea Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat.

    Idea asal lagu ini datang dari komposernya sendiri yang ingin cipta sebuah karya tentang hubungan manusia dengan Sang Pencipta dalam perjalanan hidupnya.

    PENTAS menceritakan tentang perjalanan hidup seseorang yang ‘lost’ atau kehilangan arah dan terpaksa menghadapi cabaran, namun dengan kuasa iman, beserta sifat tidak mudah menyerah kalah, dan kepercayaan yang masanya akan tiba suatu hari nanti.

    Lagu berunsur balada pop ini dinyanyikan Bil dengan stail ‘signature’ yang tersendiri dan kedengaran nyaman walaupun padat dengan maksud yang mendalam.

    Mengambil Masa Tiga Hari

    via Armani Entertainment

    Manakala lagu ini mengambil masa selama tiga hari untuk dirakamkan kerana memerlukan konsentrasi serta penghayatan yang tinggi.

    Selain single, lirik video juga turut dilancarkan pada tarikh yang sama dengan konsep ‘breaking-fee’ yang penuh simbolik, dengan maksud abstrak yang mempunyai estetika tersendiri.

    Lagu PENTAS boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Aaisyah ‘Carut’ Berus Makeup Che Ta Raih Perhatian Ramai!-“Dah Macam Penyapu Harry Potter”

    Manakala lirik video ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts