Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment30 Fakta Menarik Tentang Syada Amzah: Ketua Kumpulan Nasyid, Impian Veterinar, Pencinta...

    30 Fakta Menarik Tentang Syada Amzah: Ketua Kumpulan Nasyid, Impian Veterinar, Pencinta Kucing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Syada AmzahSyada Amzah

    Perkongsian di Instagram milik penyanyi Syada Amzah mencuri perhatian apabila dia berkongsi 30 fakta menarik tentang dirinya kepada umum.

    30 fakta diri Syada

    Syada AmzahSyada Amzah

    Antara fakta tersebut adalah, Syada mengakui dirinya takut pada lipas dan tidak tahu berenang. Dia juga memiliki sebanyak 14 ekor kucing dan boleh bercakap dalam tiga bahasa.

    Syada juga berkata dia mula berjinak dalam bidang nyanyian sejak umurnya empat tahun.

    Ini 30 fakta tentang diri saya. Tinggi saya 158 cm. Umur saya 18 tambah 20 tolak 10 dan tolak dua tahun. Tarikh ulang tahun saya sama dengan Kai dari kumpulan EXO.

    Saya benci lipas. Saya tidak tahu berenang. Saya memiliki 14 ekor kucing. Saya suka makan pedas. Saya anak bongsu dalam adik-beradik saya. Saya mula menyanyi sejak umur saya empat tahun.

    Nama saya Syada sebab ibu saya ada kawan nama Syuhada tapi panggil Syada. Warna kegemaran saya adalah hijau atau unggu. Saya juga suka cuaca yang sejuk.

    Saya pindah sebanyak empat buah sekolah dan dua universiti sebab pindah rumah. Saya boleh bercakap dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Indonesia dan Inggeris.

    Selain itu, adik kepada penyanyi popular Shila Amzah itu berkata dia merupakan ketua kumpulan nasyid sewaktu di sekolah.

    Menurut Syada lagi, dia pernah memasang cita-cita untuk menjadi doktor haiwan dan guru tadika, namun hasratnya tidak kesampaian.

    Saya hanya tahu masak makana pedas walaupun tiada bakat memasak. Makanan kegemaran sepanjang masa adalah ayam. Saya suka dark chocolate, lagi dark lagi bagus.

    Saya sudah menggembara ke 10 buah negara. Saya main game mobile legends. Cita-cita nak jadi doktor haiwan (veterinar) dan cikgu tadika tapi tak tercapai.

    Saya takut semua haiwan yang tiada bulu. Saya benci badut. Zaman sekolah dulu saya pernah dapat anugerah juara Soduku tapi sebenarnya masih tak tahu macam mana main.

    Saya boleh tidur seharian. Saya alahan dengan kerang. Waktu sekolah rendah saya penari tradisional. Saya juga ketua kumpulan nasyid. Saya belum kahwin.

    ALSO READ:  ‘Kita Sebagai Wanita Tak Boleh Biarkan Suami Naik Tangan’ – Anzalna Nasir

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts