Pelakon, Norman Hakim berkongsi rasa kesal melihat keadaan bagasi miliknya yang rosak teruk selepas pulang bercuti dari Korea Selatan.
Norman Hakim, menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa tiga daripada 8 bagasinya mengalami kerosakan yang membuatkannya terpaksa mengawal emosi selepas mendarat di lapangan terbang.
“Selamat mendarat Alhamdulillah. Beg je yang tak berapa nak safe. Dari jumlah 8 beg, 3 beg tumpas dengan 2 beg mengalami kerosakan ringan dan 1 beg kerosakan kritikal.
Masa first time tengok kondisi beg especially yang ‘critically injured’ ni, faham-faham je la ‘darah’ lelaki. 30 saat saya istighfar dan kawal nafas untuk menangkan akal berbanding emosi.”-kongsi Norman di Instagram
View this post on Instagram
Netizen Kongsi Pengalaman!
Di ruangan komen, rata-rata netizen yang mengalami situasi yang sama turut membanjiri ruangan komen, malah ada yang mencadangkan agar aktor ini membeli bagasi yang lebih tahan lasak.
“Kalau claim on the spot mereka bagi ke bang?.”
“Sila la beli beg lasak macam saya. Setelah pengalaman berapa banyak yang pecah walaupun kerja airlines.”
“Saya haritu ke Korea juga kemik tapi Alhamdulillah tak pecah mungkin sebab kualiti beg yang okay sikit kot. Tapi sedih juga tengok beg tu kemuk melekuk ke dalam.”
“Tapi sekarang, harga baggage dah macam harga tiket juga 😭.”
“Claim insurance dan claim dengan airways yang berkaitan..”
“Kalau sampai tahap pecah tu memang humban sekuat mungkin kot. Kalau setakat humban biasa pun takkan teruk macam tu.”