Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment4 Idea Lukisan Eyeliner Untuk Tampil Lebih Cantik, On-Point & Sesuai Untuk...

    4 Idea Lukisan Eyeliner Untuk Tampil Lebih Cantik, On-Point & Sesuai Untuk Ke Majlis Berbuka Nanti!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Apabila sampai tahun 2024, mustahil masih ada yang tidak tahu lukis eyeliner kan? Jika anda antara yang tidak reti dan tidak tahu dari mana untuk hasilkan eyeliner yang perfect…. Jangan risau, anda berada di tempat yang sebenarnya!

    1. Mata Bersih

    Foto – @dlwlrma (IG)

    Innocent eye atau natural eye look sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan solekan yang berat pada mata. Cara untuk melakukannya adalah;

    1. Ikut keselesaan anda sama ada nak gunakan eyeshadow berwarna-warni, nude atau tidak.
    2. Ambil eyeliner dan lukiskan garisan di bahagian dalam garisan mata.
    3. Lukis sepanjang garis mata hingga ke hujung.
    4. Bahagian hujung pula, tarik ke atas untuk hasilkan efek wing yang lebih semula jadi.

    2. Mata Kucing Lembut

    Foto – @armytoast (IG)
    1. Gunakan base eyeshadow berwarna nude atau coklat; senada dengan warna kulit untuk kesan semula jadi.
    2. Lukiskan wing bermula dari bahagian tengah kelopak mata hingga ke hujung. Pastikan wing tersebut tidak melebihi garisan double eyelid.
    3. Kemudian anda juga boleh tambahkan sedikit kilauan untuk tarik perhatian.

    3. Mata Wink

    Foto – @earnpatt (IG)

    Trend ini menjadikan bahagian mata lebih cerah, berkilauan dengan wing yang lembut seperti wanita Korea. Cara untuk lakukan trend solekan mata ini adalah;

    1. Bermula dari tengah atau hujung mata, tarik eyeliner dalam garisan yang lurus. Pastikan garisan tersebut nipis dan kecil saja.
    2. Kemudian pastikan wing tersebut tidak nampak bertompok atau bulat, tetapi nampak seperti garisan lukisan yang tirus semula jadi.

    4. Mata Rubah

    Foto – @punpun_sutatta (IG)

    Paling on-point dan senang, lukis foxy eyes begini:

    1. Lukiskan wing bermula daripada tengah kelopak mata hingga ke hujung dalam garis yang lurus.
    2. Pastikan ekor wing tersebut senget ke bahagian atas ye.
    3. Pada bahagian pangkal mata, lukiskan bentuk yang tajam untuk berikan ilusi mata yang tajam dan panjang.
    4. Akhir sekali tambahkan garis yang lurus sama seperti (1&2) di bawah garis mata.
    ALSO READ:  Netizen Risau Tengok Penampilan Terkini Henry Golding

    Selamat mencuba!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts