Setiap orang mesti ada cara tersendiri bila menguna internet di rumah, kan? Ada yang kaki gaming, ada yang layan drama bersiri tanpa henti, dan ada juga yang tak boleh lepas dari media sosial.
Haa, ini kami senaraikan jenis-jenis pengguna internet dalam rumah korang, mana tahu korang boleh kenal pasti diri sendiri dalam senarai ni!
1. Tengok berita online 24/7
Siapa yang macam ni? Ada saja yang wajib tengok berita pagi-petang-malam. Dari isu politik dunia sampai ekonomi, semua nak kena tahu. Kadang-kadang, masa makan malam pun boleh jadi sesi ‘update’ berita terkini.
Memang penting untuk kekal peka dengan isu semasa, lebih-lebih lagi dalam dunia yang cepat berubah ni. Kena lah up-to-date kan!
2. Jenis kaki drama!
Mak-mak korang mesti kaki drama kan? Dari K-drama hingga ke drama Melayu, semuanya kena layan. Lepas je habis kerja rumah, mesti dah standby depan TV untuk marathon episod drama bersiri tu!
Bayangkan betapa kecewanya kalau tengah klimaks cerita, tiba-tiba ada masalah loading atau buffering. Pehhh, memang angin lah kan!
3. Jenis kaki gaming
Setiap rumah pasti ada seorang ‘pro gamer’ yang tak boleh berpisah dengan game online, kan? Siap dengan headset dan keyboard berlampu lagi!
Ada pula yang dari subuh sampai ke tengah malam, dia asyik fokus dengan konsol atau smartphone, layan game dengan kawan-kawan.
Itu kalau tiba-tiba game lag masa critical moments, memang boleh merosakkan mood satu hari weyyy!
4. Suka scroll media sosial
Ada pula yang jenis obses dengan media sosial. Tak kiralah sama ada buat TikTok, post gambar OOTD kat Instagram, atau tengok video viral kat Facebook. Semuanya dia nak terpaling pantas lah!
Boleh kata, memang sentiasa ‘on’ lah dengan dunia maya ni. Baru lah ikut trend kan?
Tapi, tak kisahlah apa kegemaran mereka, internet dah jadi nadi penting setiap keluarga. Kalau semua orang guna internet 24/7, mesti data cepat habis kan?
Jangan risau, dengan pelan CelcomDigi One Ultra, korang boleh nikmati semua kelebihan internet!
Dengan CelcomDigi One Ultra, semua keperluan internet dan hiburan korang dalam satu pelan je! Tak payah pening kepala dengan banyak bil. Gabungkan Home Fibre dan talian mudah alih dalam satu bil, senang lah korang nak urus dan pantau.
Semua jadi lebih mudah, lebih chill!
Apa yang best, pelan ni bukan je jimat, tapi korang dapat lebih nilai. Lagi power untuk yang suka tech, siap ada telefon 5G terkini untuk korang yang nak stay on trend dengan teknologi dan AI terkini. Semua dalam satu pelan, lebih jimat, lebih senang!
Bukan tu je, korang juga boleh nikmati kelebihan lain seperti:
- 3 Talian Postpaid 5G/4G Tanpa Had – Tak kira berapa ramai dalam keluarga yang memerlukan talian mudah alih, CelcomDigi One Ultra sediakan 3 talian dengan Internet tanpa had untuk korang gunakan.
- 300Mbps Home Fibre – Sambungan fiber berkelajuan tinggi untuk kegunaan di rumah, sesuai untuk streaming, gaming atau bekerja dari rumah.
- Disney+ Hotstar (Pelan Premium) – Hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dengan akses ke filem, drama dan siri TV kegemaran korang!
Tunggu apa lagi, tukarlah ke CelcomDigi One Ultra sekarang untuk nikmati kelebihan semua dalam satu pelan!
Dengan CelcomDigi One Ultra, korang bukan hanya dapat kemudahan, tapi juga hiburan dan teknologi terkini dalam satu pelan yang berbaloi untuk setiap ahli keluarga.
Cepat-cepatlah pergi ke cawangan CelcomDigi berdekatan untuk nikmati tawaran istimewa sebelum terlambat!
CelcomDigi menangi Anugerah OOKLA
Tahukah korang bahawa CelcomDigi Berhad baru-baru ini meraih gelaran Rangkaian Liputan Mudah Alih Terbaik Malaysia daripada Anugerah Ookla® Speedtest™?
Menurut laporan Speedtest Ookla, CelcomDigi mendominasi dengan liputan 4G yang meliputi 97% kawasan berpenduduk di seluruh negara, meraih Skor Liputan™ sebanyak 30.73.
Mereka mencatatkan hampir 249 juta imbasan pada lebih 303,000 peranti, dengan kawasan liputan yang mengagumkan seluas 106,366 km².
Pengiktirafan ini membuktikan dedikasi CelcomDigi dalam mempertingkatkan liputan dan kualiti rangkaian mereka, demi memberikan pengalaman yang terbaik kepada semua pelanggan. Terbaiklah!