Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?
1. Shutter (2004)
Masih lagi dianggap filem terbaik bagi genre seram Asia, filem ‘Shutter’ ini terkenal dengan cerita yang menegangkan, dan suasana yang sangat mengejutkan.
Semuanya bermula daripada pasangan, Tun (yang bekerja sebagai jurugambar) dan teman wanitanya iaitu Jane. Pada suatu malam, mereka telah mengalami kemalangan kereta dan melanggar seorang wanita di jalan raya. Kedua-duanya melarikan diri tanpa turun memeriksa keadaan mangsa. Selepas itu, mereka mula mengalami gangguan misteri.
2. Pee Mak (2013)
Berlatarkan perang di kerajaan Rattanakosin, Mak yang berperang terpaksa meninggalkan isterinya, Nak yang sedang hamil. Apabila Mak pulang, dia disambut mesra oleh Nak. Tetapi khabar angin di kampung mengatakan Nak telah meninggalkan ketika melahirkan dan kini dia menjadi hantu.
3. The Maid (2020)
4. Ghost Lab (2021)
Menggabungkan unsur saintifik dan ghaib, filem ‘Ghost Lab’ ini mengisahkan 2 orang doktor muda, Wee dan Gla. Kedua-duanya mengalami perjumpaan yang tidak dijangka dengan entiti ghaib di hospital.
Wee percaya ada kaitan antara roh dan sains, manakala Gla percaya bahawa eksperimen mereka boleh membuka pintu kepada dunia selepas kematian.
5. The Medium (2021)
Mengisahkan tentang seorang bomoh wanita bernama Nim yang dipercayai menjadi perantara bagi roh dewi lokal (Ba Yan) yang dianggap sebagai pelindung tempat ia tinggal.
Semuanya bermula daripada anak saudara Nim yang dianggap dirasuk oleh Ba Yan tetapi sebenarnya entiti yang lebih jauh berbahaya. Nim lakukan ritual penyucian dan pengusiran roh tetapi secara perlahan dia menyedara selama ini perkara aneh berlaku bukan kerana Ba Yan tetapi kuasa ghaib yang membawa kutukan.
Psst… Jangan tonton seorang diri ye!