Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment5 ‘Love Language’ Yang Popular, Jom Semak Kamu Yang Mana Satu

    5 ‘Love Language’ Yang Popular, Jom Semak Kamu Yang Mana Satu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiap hubungan mempunyai pemahaman yang berbeza tentang bahasa cinta mereka sendiri. Kalau kamu mahu tahu, bahasa cinta ini mempunyai 5 jenis bahasa. Dan diikutkan bahasa ini mewakili cara kamu mengekspresi dan menerima cinta dalam perhubungan.

    Jika kamu melihat sebuah perhubungan itu ‘goyang’, pasti pasangan tersebut mempunyai masalah komunikasi dan tidak faham dengan bahasa cinta masing-masing. Jadi untuk mengekalkan hubungan kamu dan memahami apa yang dimaksudkan oleh pasangan, apa yang kamu tahu tentang bahasa cinta?

    1. Word Of Affirmation 

    “Hari ini sayang nampak cantik sangat dengan baju ini.”

    Foto – Pinterest

    Bagi diri kamu sendiri, apabila pasangan sering berikan kata-kata pujian, sokongan dan menggalakkan, apa yang kamu rasa? Pasti perasaan itu sangat menyeronokkan dan memberi semangat. Jika word of affirmation ini merupakan bahasa pasangan, kamu perlu pandai menggunakan bahasa ini untuk menunjukkan kamu sentiasa caring dan menyokongnya tidak kira waktu dan situasi.

    2. Masa Yang Berkualiti 

    Bagi pasangan yang mempunyai bahasa cinta yang ini, mereka pasti lebih menghargai pasangan kerana sering mereka mencari masa untuk meluangkan masa bersama-sama tanpa sebarang gangguan. Kamu boleh tahu si dia makin jatuh cinta apabila sering memberikan perhatian, lakukan eye contact dan sering mengutamakan kamu dalam segala hal. Jadi untuk luangkan masa bersama-sama, penulis cadangkan kamu untuk rancang dinner date yang istimewa di rumah untuk lebih romantik!

    3. Respons dan Tindakan 

    Tidak perlu disuruh dan lakukan dengan keinginan sendiri, tiada siapa yang tidak mahu pasangan sebegitu, betulkan? Pasangan yang mempunyai bahasa cinta seperti ini, mereka lebih suka bertindak sendiri tanpa perlu disuruh atau diberitahu oleh pasangan untuk menunjukkan rasa cinta dan ambil berat terhadap hubungan mereka.

    ALSO READ:  SHERIFF Terus Catat Kejayaan, Raih RM16.3 Juta Untuk Empat Hari Tayangan Rasmi & Satu Hari Tayangan Awal
    Foto – Pinterest

    Bagi mereka, kata-kata itu boleh diungkapkan setiap masa, tetapi affection dan tindakan menunjukkan mereka lebih menghargai kehadiran pasangan. One in a million, susah untuk temui pasangan seperti ini.

    4. Pemberian Atau Hadiah 

    Tidak semestinya jika kamu lihat seseorang memberikan hadiah kepada pasangan, bererti mereka mempunyai pasangan yang materialistik. Situasi ini dianggap sebagai ‘simbol cinta visual’, iaitu bahasa cinta yang tidak melambangkan pasangan materialistik, tetapi maksud di sebalik pemberian tersebut. Pemilihan, jenis dan maksud di sebalik hadiah membuatkan individu tersebut rasa lebih dihargai apabila melihat reaksi pasangan yang ikhlas menerima dan gembira akan hadiah yang diberi.

    5. Sentuhan Fizikal 

    Kemesraan dan sentuhan fizikal di antara pasangan boleh dikatakan paling berkesan dan sering dilakukan. Ini kerana sentuhan fizikal berfungsi untuk menjadi penyambung kepada emosi dan kestabilan hubungan.

    Foto – Pinterest

    Walaupun setiap orang berbeza, tetapi mereka yang mempunyai bahasa cinta ini hanya akan merasakan kasih sayang dan dihargai oleh pasangan ketika bersentuhan, tidak kiralah sama ada dipeluk, dicium atau diusap.

    Sekarang kamu sudah tahu tentang jenis-jenis bahasa cinta ini. Jadi yang mana satu melambangkan kamu dan pasangan?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts