Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment5 Sebab Kenapa Wajah Jadi Sangat Berminyak Selepas Bangun Tidur

    5 Sebab Kenapa Wajah Jadi Sangat Berminyak Selepas Bangun Tidur

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa pernah rasa wajahnya terlampau berminyak selepas bangun dari tidur?

    Ada banyak sebab kenapa wajah kita menjadi sangat berminyak selepas bangun dari tidur. Penting untuk kamu tahu, keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa situasi.

    Foto – Pinterest

    1. Perubahan hormon merupakan salah satu sebabnya. Bila terjadinya situasi ini, hormon akan merangsang kelenjar minyak dalam kulit untuk hasilkan minyak dengan lebih banyak. Perubahan hormon biasanya dipengaruhi oleh tekanan, kitaran haid hingga ke cuaca.

    2. Suhu bilik yang terlalu panas. Suhu yang sempurna untuk kita tidur dengan nyenyak adalah 18°C-20°C. Tetapi bila tidur dalam keadaan yang panas, ia membuatkan badan mengeluarkan peluh dan kulit wajah pula mengeluarkan minyak dengan banyak.

    Foto – Pinterest

    3. Pemilihan skincare yang tak sesuai. Untuk mereka yang memiliki kulit berminyak, kamu disarankan untuk elak memakai skincare yang mengandungi bahan hidrasi kerana ia boleh membuatkan wajah keluarkan minyak.

    4. Malas membersihkan wajah sebelum tidur. Malas membersihkan wajah sebelum tidur tak kiralah cuci dengan air sahaja atau tidak, ia akan menyebabkan wajah menjadi lebih berminyak. Bukan itu sahaja, malas bersihkan wajah juga boleh timbulkan jerawat dan blackhead tau!

    Foto – Pinterest

    5. Tak bersihkan rambut dengan betul. Kadang kala bila kamu gunakan conditioner dan tak bersihkan dengan betul, sisa-sisanya boleh melekat di wajah ketika tidur. Akibatnya muka menjadi minyak, berjerawat dan keradangan.

    Semoga bermanfaat!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts