Mungkin tiada yang tahu, selebriti pertama yang mengeluarkan wangian ialah Elizabeth Taylor pada tahun 1987. Antara wangiannya yang popular dan paling laris sehingga sekarang adalah Passion (1987) serta White Diamonds (1991). Dan sejak daripada Elizabeth Taylor, ada beberapa selebriti lain turut mengikuti jejaknya dengan mengeluarkan wangian mereka sendiri. Wangian tersebut dicipta khas menonjolkan personaliti dan juga pilihan nota bauan peribadi untuk peminat.
#1 Harry Styles: Pleasing
View this post on Instagram A post shared by Pleasing (@pleasing)
Penyanyi Harry Styles memperkenalkan koleksi wangian pertamanya daripada Pleasing yang terdiri daripada 3 jenis wangian seperti ‘Rivulets’ yang mengingatkan jumpsuit dalam muzik video “As It Was”; ‘Bright, Hot’ pula diilhamkna oleh pakaian kuning Harry dalam “Golden” dan terakhir ‘Closeness’ yang diinspirasikan oleh “Music For A Sushi Restaurant”.
#2 Billie Eilish: Eilish No.3
View this post on Instagram A post shared by BILLIE EILISH (@billieeilish)
Selepas wangian No.1 dan No.2 dikeluarkan, kini Billie Eilish tampil memperkenalkan barisan wangian terbarunya iaitu No.3. Wangian edisi terhad ini dikatakan wangian yang sangat menggoda baunya.
#3 Paris Hilton: Ruby Rush
View this post on Instagram A post shared by Paris Hilton Fragrances (@parishiltonfragrances)
Keluaran terbaru wangian Paris Hilton yang ke-29 adalah ‘Ruby Rush’. Wangian ini dibungkus dalam botol pakaian klasik dalam rona emas-merah. Bauannya pula terdiri daripada bau bunga, buah-buahan yang menonjolkan sisi seksi dan ianya tahan sehingga malam.
#4 Ariana Grande: Cloud Pink
Tambahan kepada koleksi wangian yang sangat popular, Ariana Grande memperkenalkan “Cloud Pink” iaitu wangian yang diilhamkan oleh keyakinan. Berkongsi DNA dengan barisan Cloud yang lain, wangian Cloud Pink menampilkan bauan yang sangat manis, sensual dan lembut.
Nota Atas: Buah naga, beri liar, nenas
Nota Tengah: Kelapa, orkid vanila, ambrette
Nota Asa: Praline, kasturi, amberwood, moss
#5 Britney Spears: Jungle Fantasy
View this post on Instagram A post shared by Britney Spears Fragrances (@britneyspearsfragrances)
Menampilkan semangat Britney yang sangat bertenaga, garang dan bebas, wangian ‘Jungle Fantasy’ ini merupakan tambahan terbaru dalam barisan wangian Fantasy. Baunya yang sangat ringan tetapi ada yang katakan ianya tak tahan lama.
Nota Atas: Tembikai, yuzu, daun violet
Nota Tengah: Teratai air, gardenia, bunga Gustavia
Nota Asa: Kek cawan, tonka
Selamat mencuba!
Shopee.com.my
❗ORI❗DE'XANDRA CELEB EDITION - MK HER EDP 35ML PERFUME FOR WOMENGUARANTEED...
RM180.00