Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau...

    6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik?

    Kalau kamu seorang yang tidak mementingkan penjagaan kesihatan faraj, jangan terkejut ye kalau tiba-tiba munculnya ruam, kegatalan, iritasi hinggalah ke benjolan.

    Faraj kita merupakan kawasan yang sangat sensitif. Jika sekiranya ada benjolan yang muncul di sekitarnya, jangan kamu terus panik ye. Sebaiknya, semak dan tahu apa jenis benjolan tersebut.

    Untuk pengetahuan kamu, apabila kita tak menjaga faraj dengan sebersihnya, ia boleh memunculkan beberapa benjolan pelik seperti:

    IKLAN

    #1 Benjolan berbentuk ketuat 

    Benjolan seperti ini biasanya sejenis jangkitan kelamin (STI) yang disebabkan olehh strain spesifik seperti human papilomavirus (HPV). Ia berukuran kecil, permukaan kasar dan berwarna gelap atau seperti kulit. Tak berbahaya dan tidak menyebabkan masalah kesihatan.

    Foto – Everyday Health

    Tetapi kamu perlu berjumpa dengan doktor untuk tahu adakah ia disebabkan oleh HPV, kerana ia berisiko untuk membuatkan kamu terkena kanser serviks dan beberapa masalah kesihatan lain.

    #2 Benjolan akibat bulu rambut 

    Foto – Pinterest

    Apabila kerap bercukur atau waxing, bulu rambut tak dapat tumbuh dengan sempurna, akibatnya ia tumbuh di bahagian bawah kulit. Jika cara mencukur atau waxing tidak betul, rambut yang tumbuh di bahagian bawah kulit boleh menyebabkan benjolan, keradangan dan nanah.

    #3 Benjolan jerawat di sekitar faraj

    Selalunya benjolan jerawat ini berwarna merah dan ada masanya mempunyai nanah. Untuk tahu ia bernanah atau tidak. perhatikan benjolan tersebut nampak seperti lebam atau ada benjolan putih di sekitar bibir faraj.

    Foto – Tua Saude

    #4 Warna benjolan sama seperti kulit 

    Pegang dan rasa seperti ada benjolan kecil seakan-akan jerawat di atas faraj, ia adalah gejala syringoma. Kamu tak perlu risau kerana ia tidak berbahaya dan terjadi disebabkan oleh kelenjar peluh tersumbat.

    ALSO READ:  Celine Dion Sukar Kawal Otot Dengan Sendiri, Kakak Dedah Hidapi Sindrom SPS

    #5 Benjolan yang bernanah atau luka 

    #6 Bartholinitis: Benjolan lembut di bibir faraj 

    Sekiranya kamu nampak benjolan di sekitar bibir faraj, ketahuilah ia adalah benjolan Bartholinitis. Benjolan ini terjadi disebabkan oleh bukaan faraj tersumbat dan akibatnya cecair memasuki kelenjar.

    Foto – Brainstudy.info

    Ianya tidak berbahaya dan boleh diatasi dengan menjaga kawasan faraj dan gunakan air suam ketika mahu mencucinya.

    Kepada wanita, jangan ambil mudah tentang penjagaan kesihatan faraj ye. Semoga bermanfaat!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts