Penyanyi, Kaka Azraff dan suami, Adam Azriff didakwa telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada Isnin.
Lafaz cerai secara ekspres
Memetik laporan Kosmo Online, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, dan bekas suami didakwa berpisah secara baik dan bersepakat dalam hal penjagaan tiga anak mereka.
Sumber terdekat memaklumkan Kaka belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan berhubung perceraian tersebut.
Saya difahamkan Kaka belum sedia untuk membuka mulut berhubung perceraian yang sudah disahkan di mahkamah hari ini.
Puncanya memang dia tak beritahu dan tak kongsi pun hal peribadi. Selama ini mereka macam suami isteri lain, tak nampak pula masalah besar.
Kita doa yang baik-baik sahaja untuk mereka dan anak-anak. Mereka pun masih bersahabat dan menjaga anak-anak sama-sama.
Pengesahan lafaz cerai yang difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada Isnin.
Untuk rekod, Kaka dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.