Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment7-Eleven Sambut Ulang Tahun Ke-40, Ada Macam-Macam Produk Baru Untuk Korang Cuba!

    7-Eleven Sambut Ulang Tahun Ke-40, Ada Macam-Macam Produk Baru Untuk Korang Cuba!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Semua orang punya kenangan yang tersendiri dengan 7-Eleven. Dari bangku sekolah lagi kita dah terbiasa dengan kedai serbaneka ini, tak kira untuk lepak dengan kawan-kawan atau singgah bersama keluarga buat dapatkan makanan-makanan enak.

    Paling legend bila ingat 7-Eleven adalah antara lokasi senang dan cepat untuk singgah kalau nak beli barang pada lewat malam sebab ia antara kedai yang beroperasi secara 24 jam, jadi singgah 3-4 pagi pun tak ada hal.

    7-Eleven kini tawar hidangan Sedia-Untuk-Dimakan, perkenalkan kafe & Slurpee dah berwajah baru!

    Sedar tak sedar 7-Eleven sebenarnya dah berada di pasaran Malaysia selama 40 tahun, cawangan pertama mereka bertempat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dibuka pada 1984.

    Bermula dengan hanya satu stor di tengah-tengah kota, 7-Eleven kini mempunyai lebih dua ribu cawangan di seluruh Malaysia!

    Fuhh.. Seronok rasanya bila tengok kedai serbaneka legend dapat membesar macam tu sekali. Tapi, lagi seronok bila tengok produk-produk jenama 7-Eleven dah semakin banyak juga!

    Kredit foto: Eat Drink KL

    Antaranya ada 7-Eleven Popcorn dan Wasabi Potato Chips. Perfect untuk korang buat snacking sambil tengok movie atau makan masa lepak ramai-ramai. 

    Jangan lupa juga, slurpee kegemaran kita semua! Dengarnya dah berwajah baru dan ada perisa mangga sekarang, wajib cuba guys!

    7-Eleven pun dah memperkenalkan 7CAFé, di sini mereka menawarkan pilihan makanan segar dengan pengalaman in-store yang jauh lebih selesa serta unik. 

    Siap ada kerusi dan meja untuk korang lepak dengan kawan atau nak layan perasaan makan sendiri pun boleh ya, tak ada masalah.

    Apa yang pasti, korang gerenti suka vibe baru 7CAFé yang mengetengahkan dekorasi aestetik.

    ALSO READ:  [VIDEO] Prof Muhaya Kongsi Cara Kenalpasti Pekerjaan Terbaik, Pasang Niat Untuk Beri Kebaikan Kepada Ummah

    Terbaru, 7-Eleven fokus untuk menyediakan pek hidangan Sedia-Untuk-Dimakan, sandwich dan onigiri dengan menawarkan pelbagai pilihan perisa dan bahan-bahan segar yang berkualiti tinggi buat dinikmati orang ramai secara mudah dan cepat.

    Menu-menu ini mengandungi portion yang banyak dengan harga yang sangat berpatutan bermula RM3.80 je, memang love!

    Produk ready to eat ini juga boleh didapati di lebih 750 cawangan 7-Eleven dan 7CAFé terpilih. 

    Sebut tentang kualiti, 7-Eleven tak main-main dalam menjaga standard produk. Sampaikan tahun lalu 7-Eleven perkenalkan pusat pengedaran sejuk sendiri. 

    Dengan adanya pusat pengedaran ini 7-Eleven dapat menyajikan korang dengan hidangan yang segar untuk dinikmati pada setiap masa.

    Bukan tu je, 7-Eleven turut mengendalikan pusat pengedaran ambien sendiri supaya mereka boleh terus berikan servis terbaik buat korang semua!

    Promosi sehingga 40% sempena ulang tahun, korang wajib kena pergi!

    Istimewa bersempena dengan ulang tahun ini, 7-Eleven nak berkongsi kegembiraan dengan menawarkan promosi sehingga 40% untuk produk terpilih di kesemua cawangan mereka di seluruh Malaysia.

    Promosi akan berlangsung selama sebulan dari Jun sehingga Julai 2024 je tau! Ini lah masa yang paling best untuk korang serbu 7-Eleven! Macam-macam produk ditawarkan pada harga yang lebih rendah, jimat guys!

    Dapatkan tiffin percuma di 7CAFé

    Antara tawaran istimewa yang tak boleh korang lepaskan adalah peluang untuk tebus tiffin percuma di 7CAFé!

     

    Caranya mudah je, korang hanya perlu membuat pembelian minimum RM15 dan dapatkan 1 stamp di My7E. 

    Kalau dah cukup 7 stamp, korang boleh tebus Tiffin Carrier eksklusif mereka! 

    Tawaran ini hanya ada di 7CAFé tau!

    Psstt..   Kami ada tips berbelanja di 7-Eleven, guna debit kad atau paynet bagi setiap pembelian bernilai RM15 ke atas dan korang peluang untuk menyertai peraduan 7-Eleven x MyDebit Wave & Win yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM100,000!

    ALSO READ:  Uyaina Arshad & Raja Shahiran Timang Cahaya Mata Kedua, Bersalin Secara Pembedahan Akibat Masalah Jantung

    Siapa tahu rezeki korang? Jadi, apa lagi jom ramai-ramai ke rangkaian 7-Eleven terdekat untuk nikmati promosi terkini dan pelbagai pilihan enak makanan sedia dimakan!

    Muat turun aplikasi My7E

    Buat korang yang tak tahu, 7-Eleven juga ada aplikasi sendiri iaitu My7E dengan jumlah keahlian sehingga 3 juta orang tau! Haa.. Terbukti memang rakyat Malaysia dengan 7-Eleven tak boleh dipisahkan xD.

    Korang yang suka promo dan deals hebat mesti suka akan aplikasi ini sebab ada banyak baucer untuk ditebus dan kalau bertuah korang mungkin dapat hadiah percuma juga sebagai ahli My7E!

    Korang yang belum ada aplikasi My7E tu, kenalah muat turun sekarang juga tau! Kalau tak, rugilah korang terlepas banyak tawaran hebat!

    Ikuti laman Instagram dan TikTok 7-Eleven untuk sebarang maklumat lanjut mengenai  promosi terkini dan menu-menu menarik yang mereka tawarkan.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts