Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment7 Sekolah Antarabangsa Terima Ancaman Bom, Datuk Aaron Aziz Kelam Kabut Ambil...

    7 Sekolah Antarabangsa Terima Ancaman Bom, Datuk Aaron Aziz Kelam Kabut Ambil Anak Di Sekolah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semua orang tahu bahawa Malaysia tetap dengan pendiriannya dan dengan tegar menyokong Palestin walaupun terdapat ancaman bom yang didakwa berikutan negara mengecam kekejaman Israel.

    Baru-baru ini, pelakon Datuk Aaron Aziz bergegas mengambil anaknya dari sekolah selepas diberitahu tentang ancaman bom di pusat pendidikan tersebut.

    Pemilik nama penuh Aaron Mustapha Aziz itu menjelaskan bahawa keadaan menjadi agak huru-hara apabila ramai ibu bapa panik sehingga mahu segera mengambil anak-anak mereka.

    “Hari ini (semalam) secara tiba-tiba ada ancaman bom. Sembilan sekolah terima ancaman bom kalau tak salah saya.

    “Kami disuruh pihak sekolah untuk ambil anak-anak dan sekolah anak saya yang terletak di Setia Alam adalah satu daripadanya.

    Walau bagaimanapun, pelakon filem Ombak Rindu itu menasihati ibu bapa pelajar lain supaya sentiasa tenang serta mengikut arahan yang diberikan.

    Menurutnya, tindakan segelintir penjaga yang panik menyukarkan lagi semua pihak dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.

    “Tapi bagaimanapun bila berhadapan dengan situasi begini, kekal tenang, jangan jadi kancheong (cemas), ikut arahan.

    “Kita tak boleh panik, macam mana mereka (sekolah) nak kawal keadaan yang selamat untuk semua termasuk keluarga, pelajar dan cikgu,” katanya.

    Menerusi kapsyen dalam hantaran tersebut, aktor berusia 47 tahun itu turut memberi penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak cepat dalam mengendalikan situasi tersebut.

    “Setakat ini, sekolah Dahlia masih tidak menerima email susulan tetapi sekolah telah mengambil langkah awal. Saya suka reaksi yang cepat dari sekolah ini.

    “Kekal tenang dan ikut protokol. Kalau satu huru-hara, lain akan ikut. Ingat orang lain pun ada anak-anak,” ujarnya panjang lebar.

    Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan terdapat beberapa buah sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menerima ancaman bom.

    ALSO READ:  Aya Amiruddin Sedih Kenang Hidup Sebatang Kara – ‘Saya Sudah Kehilangan Ayah & Ibu, Tiada Adik Beradik’

    Terdapat tujuh sekolah antarabangsa di Selangor di Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Subang Jaya, dan Kuala Langat yang menerima ancaman tersebut.

    Difahamkan, ancaman bom tersebut diterima oleh organisasi sekolah antarabangsa melalui e-mel tanpa nama antara pukul 9.30 pagi dan 10.15 pagi Selasa lepas.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts