Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment78% Rakyat Malaysia Tidak Rehat Secukupnya, Ini Nasihat Pakar Psikologi Klinikal

    78% Rakyat Malaysia Tidak Rehat Secukupnya, Ini Nasihat Pakar Psikologi Klinikal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Coway memperkenalkan kempen terbarunya, Rest with Coway dalam hasrat untuk mempertingkatkan lagi komitmen mereka dengan mewujudkan persekitaran holistik dan tenang bagi memupuk gaya hidup yang lebih tenang melalui kempen ini.

    Baru-baru ini Coway bersama ahli media di Escape Bali, Subang Jaya dengan mengadakan beberapa aktiviti. Antaranya bagaiman menghilangkan ketegangan, beristirehat dan mempelajari rahsia untuk mendapatkan tidur yang lena untuk malam yang lebih indah.

    Ketua Bahagian Pemasaran & Pendidikan Coway Malaysia, Ryan Jung berkata,

    “Di Coway, kami percaya bahawa kesejahteraan sebenar bermula dengan ketenangan dan tidur nyenyak yang berkualiti. Kempen Rest with Coway ini mencerminkan komitmen kami untuk menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia. Kami memahami cabaran yang dibawa kehidupan moden dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada keupayaan badan kita untuk berehat.

    Melalui produk kami seperti kerusi urut, tilam, dan penghawa dingin, kami berhasrat untuk menyediakan ruang untuk keselesaan dan ketenangan pada setiap rumah di Malaysia Coway sentiasa bersedia menyokong anda untuk dapatkan tidur yang lebih lena, dan akhirnya, kualiti hidup yang lebih baik.”

    Bagi memperkukuhkan kempen ini, Coway telah menjalankan tinjauan untuk mendapatkan corak rehat dalam kalangan rakyat Malaysia serta faktor utama yang mempengaruhi rutin tidur mereka pada waktu malam. Hasil penemuan daripada tinjauan itu mendedahkan maklumat seperti:

    • 78% rakyat Malaysia tidak rehat secukupnya
    • 63% rakyat Malaysia tidur lebih lena dengan penghawa dingin
    • 62% rakyat Malaysia mudah terlelap apabila badan lebih tenang
    • 79% rakyat Malaysia memerlukan katil yang lebih selesa

    Kesihatan mental juga berkait rapat dengan kualiti tidur

    Sementara itu, kesihatan mental juga berkait rapat dengan kualiti tidur; faktor seperti kebimbangan, kemurungan, atau tekanan kronik boleh menyebabkan insomnia atau tidur yang kerap terganggu.

    ALSO READ:  Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ketiga, Kamal Adli Ucap Terima Kasih Pada Uqasha Senrose – ‘9 Bulan Mengandung Hadiah Terhebat’

    Pakar Psikologi Klinikal, Michelle Chong berkata,

    “Rehat itu bukanlah bermaksud ketiadaan aktiviti semata-mata; ia adalah satu tindakan secara sengaja untuk membantu diri kita sendiri — dari segi fizikal, mental dan emosi.

    Ia dicirikan oleh perasaan aman dan damai, selalunya disertai dengan rasa lega daripada tekanan, kebimbangan, ketegangan, atau keletihan. Dari segi mental, ketenangan bermakna menenangkan fikiran, melepaskan kebimbangan, dan menerima rasa ketenangan mental. Anda disyorkan untuk belajar teknik kesedaran dan relaksasi.

    Kesedaran, pada dasarnya, ialah proses penelitian kendiri pada saat kini. Kesedaran yang meningkat ini membolehkan kita melepaskan diri daripada kebimbangan tentang masa lalu dan keresahan mengenai masa depan. Dengan menumpukan perhatian kita pada masa kini, kesedaran dapat memupuk satu rasa kehadiran yang boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesedaran kita tentang pengalaman dalam persekitaran kita.

    Latihan pernafasan dalam dan kelonggaran otot secara progresif (PMR) menyediakan kaedah untuk meningkatkan kesedaran badan kita dan meredakan ketegangan otot, menumpukan perhatian kita untuk mencapai ‘ketenangan fizikal’.

    Oleh itu, adalah penting untuk kita mengutamakan teknik relaksasi yang menenangkan fikiran sebelum tidur. Aktiviti seperti meditasi dan menulis catatan boleh bantu kita bersihkan minda dan mengurangkan hormon tekanan, mewujudkan peralihan badan untuk tidur yang lebih lancar.”

    Dengan objektif mempromosikan pendekatan yang lebih holistik bagi mencapai kesejahteraan, kempen Rest with Coway ini bertujuan untuk memperkasakan individu dalam mengutamakan rehat, kesihatan dan kebahagiaan mereka dalam kehidupan seharian kerana Coway percaya
    bahawa setiap individu berhak memperoleh ruang di mana mereka benar-benar boleh berehat, dan Coway komited untuk membantu orang ramai mencapainya. Anda boleh menemui lebih banyak cadangan dan nasihat untuk mencapai ketenangan di laman web Rest with Coway,
    www.restwithcoway.com.my.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts