Penerbit, Datuk A. Aida tampil menegaskan bahawa dia tidak akan bekerjasama dengan pelakon, Ruhainies berhubung dakwaan pelakon berkenaan ditangkap berkhalwat dengan aktor Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah, di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia akui rasa sebak apabila mengenangkan nasib rakan artis yang tidak putus ditimpa ujian.
“Dan yang paling aku geram, artis yang sekor tu tak ada orang lain ke nak mengorat.”-berang A. Aida
Blacklist Ruhainies Shooting Di Bawah Produksinya
Tegas A. Aida, pelakon berkenaan yang pernah menjadi kesayangannya itu tidak akan lagi berpeluang untuk menjalani penggambaran di bawah produksi miliknya, A. Aida Production.
“Sorry artis yang pernah menjadi kesayanganku, tidak akan ada peluang lagi untuk kamu shooting dengan A.Aida Production.”-tegas A. Aida
View this post on Instagram
“Jangan Support Orang Yang Suka Buat Berzina Dengan Suami Orang..”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan penerbit terkenal ini yang tidak berkompromi dengan pelakon yang bersekedudukan dengan suami orang.
“Terima kasih Datuk tidak memberi peluang kepada artis yang menyondol. Saya sokong semua drama/ movie Datuk.”
“Inilah pengarah dan penerbit yang cantik dan bijak dalam membuat keputusan. Pelakon sekarang pun ramai yang cantik, yang hensem dan yang lebih muda. Terbaik Datuk.”
“Jangan bagi peluang Datuk, minah tu jenis putar alam bahaya.”
“Terbaik. Jangan support orang yang suka buat berzina dengan suami orang.”
“Penambahan blacklist ni yang kita nantikan. Terbaik Datuk. Bijak pilih pelakon.”