Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentA Aida Hanya ‘Blacklist’ Ruhainies Daripada Berlakon, Hubungan Sebagai Kawan Masih Baik...

    A Aida Hanya ‘Blacklist’ Ruhainies Daripada Berlakon, Hubungan Sebagai Kawan Masih Baik – ‘Kalau Jumpa Masih Boleh Salam, Peluk’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    A AidaA Aida

    Penerbit terkenal, Datuk A Aida memberitahu meskipun sudah senarai hitam atau ‘blacklist’ nama aktres Ruhainies daripada berlakon dalam produksinya, namun hubungan mereka sebagai rakan industri masih baik.

    Hubungan masih baik

    A AidaA Aida

    Menurut A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 54, dia bersikap profesional terutama perkara yang melibatkan dengan kerja. Bagaimanapun, ukhwah sesama manusia masih dijaga.

    Saya memang ‘blacklist’ Ruhainies kerana apa yang salah tetap salah. Tetapi hubungan sebagai rakan industri yang sudah dianggap adik dan kakak tidak putus apabila kami berjumpa.

    Jika kami berjumpa di luar kami tiada masalah. Boleh salam-salam, peluk-peluk, cium-cium. Saya okay sahaja dengan Ruhainies.

    Cumanya apabila melibatkan kerja, saya sangat profesional. Kerana jika ada artis yang terbabit dengan isu sensitif dan memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat, memang saya ‘blacklist’.

    Sama seperti dahulu, yang mana jika artis terlibat dengan dadah atau sebagainya mereka tetap akan di ‘blacklist’ dengan stesen TV. Bagus juga, kerana dapat dijadikan pengajaran untuk artis yang lain.

    Sementara itu, A Aida berpendapat tindakan ‘blacklist’ artis bermasalah dapat memberi pengajaran dan peringatan kepada penggiat seni yang lain.

    Dulu RTM kalau ‘blacklist’ artis selama dua hingga tiga tahun. Tidak silap saya lah. Jadi bagi saya kalau boleh dikuatkuasakan semula. Sebab artis sepatutnya jadi tauladan kepada masyakarat.

    Kalau artis yang terlibat dengan masalah dadah atau tangkap basah tapi tidak diberikan sebarang tindakan, maka artis lain mungkin beranggapan tidak mengapa jika mereka juga terlibat dengan masalah.

    Dalam pada itu, disoal selama mana tempoh akan ‘blacklist’ seseorang artis, A Aida menjawab bergantung kepada keadaan serta situasi sesama.

    Untuk saya mungkin lagi setahun atau dua tahun. Kalau suasana dah kembali reda balik, mungkin saya berhenti ‘blacklist’ pada seseorang artis itu.

    Saya tidak mahu nanti jika ambil artis yang nama mereka masih panas, akan beri kesan buruk kepada produksi dan karya saya. Sekarang zaman netizen, saya perlu berhati-hati.

    Terdahulu, A Aida nekad senarai hitam nama Ruhainies daripada membintangi mana-mana naskhah miliknya susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan aktor Aliff Aziz.

    ALSO READ:  Pierre Andre ‘Hilang’ 10 Tahun Fokus Pada Perniagaan, Sukar Berjauhan Dengan Anak-Anak

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts