Penerbit terkenal, Datuk A Aida sebelum ini tampil menegaskan bahawa dia tidak akan berkompromi dengan artis yang bermasalah selepas tular isu pelakon Ruhainies yang ditangkap berkhalwat dengan Aliff Aziz.
Memberikan sokongan buat isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah, A. Aida menerusi video yang dimuatnaik di Instagram dilihat menyerahkan tiga skrip drama baharu serta kontrak lakonan di bawah syarikat produksi miliknya, A. Aida Production.
“Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik. Bella, kita semua support dan menyayangimu.”-tulis A. Aida di Instagram
Netizen Luah Rasa Syukur!
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur, malah ramai yang mendoakan kesejahteraan buat pelakon serta penerbit tersebut.
“Alhamdulillah. Murah rezeki Dato ❤❤. Seeing women support women fills me with immense pride. Together, we rise, inspire, and empower each other to reach greater heights.”-Raja Ilya
“Wanita macam Dato adalah contoh kepada wanita-wanita lain.”
“Terbaik Dato ❤️❤️, pangkah terus artis bermasalah. Lepas ni bakal letops filem atau drama Dato lepas ni.”
“Terima kasih Dato memperjuangkan nasib wanita yang teraniaya ❤️❤️.”
“Bella ni orangnya baik lembut, sopan santun, selalu senyum je, dah la cantik comel pulak tu.”
“Terima kasih Dato wakilkan kami untuk support Bella cari rezeki ❤️.”
Difahamkan, Bella Astillah bakal menjalani penggambaran tiga drama di bawah produksi Datuk A. Aida berjudul Elham Untuk Niam, Matahariku, dan Move On Romeo.
Apa komen anda?