Dalam sebuah posting terbaharu di Instagram, Datuk A. Aida, seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata ini, memberikan pesanan yang mendalam kepada anak perempuannya Wan Azevanatassha, 23, yang berada di luar negara. Mesej itu bukan sahaja berkaitan rancangan perkahwinan, tetapi juga menyerlahkan nilai asas seperti ketaatan kepada keluarga.
Salah satu pesan yang paling kuat yang disampaikan oleh A. Aida adalah mengenai pentingnya berbicara terbuka dengan calon pasangan hidup.
“Semoga jumpa jodoh dengan mata biru, tapi nak kahwin tu cakap. Mesti dapat restu dulu. Jangan jadi anak derhaka dah kahwin senyap-senyap ya. nanti 1 sen pun hartaku tak akan dapat”- tulisnya
Sebagai seorang ibu, A. Aida meluahkan rasa bimbangnya tentang langkah besar yang bakal dilakukan oleh anak perempuannya terutama dalam konteks perkahwinan. Walaupun kita hidup dalam era globalisasi dan anak-anak sering meninggalkan tanah air untuk mengejar impian atau mengejar kerjaya di luar negara, A. Aida tetap mengutamakan nilai tradisi yang melibatkan integriti dan rasa hormat kepada ibu bapa.
IKLAN
“Tak terucap penat lelah dan susah payah ibu membesarkan anak. Apa saja kemahuan ibu akan cuba penuhi. Sebagai balasan belajarlah rajin-rajin dan jangan sia-siakan kan peluang yang ada. Semoga kau berjaya wahai anakku.”
Mesejnya lebih tertumpu kepada pesanan dan nasihat kepada anak perempuannya, tetapi sesetengah netizen menganggapnya sebagai kenyataan seperti menyindir sesetangah pihak.
Walaupun mesej A. Aida hanyalah sebuah niat baik dari seorang ibu, ramai netizen menyangkal dakwaan pesanan ini sebuah sindiran.
“Pesanan utk ank dia. Kebetulan sahaja.
“Dia tak perli la…sbg ibu mmg perlu nasihat kat anak anak”- tulis akaun @snznr10
“Adoi, semua nak jadikan isu la kamu semua ini, biar dia lah, nak cakap apa, instgaram dia, anak dia. Kamu semua tenang-tenang santai saja. Positif sikit”- tulis akaun @saarnorhayaimat
Minta restu ibu bukan sekadar tradisi
Apa-apa pun, kepentingan meminta restu ibu bukan sekadar tradisi, tetapi mencerminkan nilai kekeluargaan, menghormati kuasa ibu bapa. Ini merupakan tindakan menghormati dan bertanggungjawab oleh anak-anak terhadap ibu bapa mereka, seterusnya dapat mewujudkan asas yang kukuh untuk sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.