Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid’ Berjaya Cipta...

    ‘A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid’ Berjaya Cipta Magis Buat 1700 Penonton!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Konsert yang dibanjiri genre muzik disko, A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid dihadiri seramai 1700 penonton telah mencipta magis di Zepp Kuala Lumpur, pada malam Jumaat.

    Artikel berkaitan: Gabungan Mantap Diskoria & Sheila Majid Bakal Bawa Magis Masa Silam Jun Ini

    Dihadiri 1700 pencinta muzik

    Seramai 1700 penonton dan pencinta muzik hadir untuk menikmati suasana muzik segar melalui 26 buah lagu.

    Sebelum konsert bermula, penonton dihiburkan dengan ‘Jemput Dengar’ yang mengimbau lagu-lagu bertemakan disko.

    Kira-kira jam 8.15 malam, Diskoria yang dianggotai Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat memainkan lagu pertama mereka berjudul Seranata Jiwa Lara sekaligus mendapat sorakan daripada penonton.

    Tetamu istimewa Sheila Majid

    Suasana bertambah meriah dengan kemunculan Datuk Sheila Majid yang membuat penampilan khas membawakan lagu Warna, Dia dan Antara Anyer Dan Jakarta berkonsepkan genre muzik disko.

    Kemudian, penonton berhibur dan menari dengan lagu hits daripada Diskoria yang berjudul C.H.R.I.S.Y.E. dan beberapa lagu ‘cover’ antaranya Panas Asmara dan Tentang Seseorang.

    Sebelum melabuhkan tirai, Sheila Majid sekali lagi tampil mendendangkan lagu ciptaan Diskoria nyanyian bersama penyanyi Bunga Citra Lestari yang berjudul Badai Telah Berlalu.

    Sinaran

    Disangkakan konsert telah berakhir, penonton kelihatan masih tidak berpuas hati dan beramai-ramai bersorak menantikan lagu Sinaran.

    Konsert yang ditutup dengan lagu Sinaran itu mendapat sorakan penuh daripada penonton dan jelas kelihatan pada wajah mereka sangat gembira dengan persembahan pada malam tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts