Pendakwah bebas, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa menitipkan doa buat anak sulung kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah.
‘Nak jadi ustazah’
Menerusi hantaran video di TikTok, Norhafizah mendoakan Aafiyah menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia serta akhirat.
Ustazah nak doakan untuk Aafiyah, semoga Aafiyah cemerlang dunia akhirat. Ya Allah, kurniakanlah kepetahan berkata-kata, akhlak yang cantik dan ingatan yang kuat.
Semoga juga, Aafiyah menjadi wanita yang solehah, anak yang solehah. Amiin.
Menerusi perkongsian itu, Aafiyah turut menjawab pertanyaan Norhafizah mengenai cita-citanya apabila meningkat dewasa.
Aafiyah menjawab, dia ingin menjadi seorang ustazah dan menghafaz al-Quran.
Norhafizah kemudian membalas jawapan tersebut dengan mendoakan Aafiyah berjaya menjadi seorang Hafizah suatu hari nanti.
Sekadar info, selain Siti Aafiyah, Siti juga memiliki seorang lagi chaya mata iaitu Muhammad Afwa yang kini berusia empat tahun.
Siti mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Seri Khalid Jiwa pada Ogos 2006.
Video
@ustazahdatukdrnorhafizah Semoga buah hati Dato Seri Siti Nurhaliza ini menjadi anak yang solehah. MashaaAllah, dah banyak hafal surah dan Hadith juga di usia 6 tahun. Baarakallah fiikum. #ctdk #sitinurhaliza #fyp #ustazahnorhafizahmusa #hafizquran ? original sound – Norhafizah Musa