Anak lelaki Aamir Khan iaitu Junaid Khan dan aktres Khushi Kapoor sedang bersiap sedia untuk tayangan filem komedi romantik mereka iaitu “Loveyapa” yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
Memandangkan filem ini mendapat sokongan daripada peminat Bollywood, Aamir Khan telah tampil dengan satu ikrar yang sangat unik.
Berdasarkan beberapa sumber, pelakon Aamir telah berjanji untuk berhenti merokok jika ‘Loveyapa’ mendapat kejayaan box office. Dikongsi oleh sumber terdekat, ia adalah mannat Aamir.
Bercakap kepada media, Aamir menyatakan rasa kagumnya terhadap filem dan persembahan pelakon. Dia menyifatkan ‘Loveyapa’ sebagai filem yang menghiburkan dan memuji gambaran kotemporari kehidupan di zaman telefon pintar serta teknologi.
“Saya berasa bangga dengan hasil kerja semua orang. Jika ia berjaya, inilah masa saya untuk berhenti merokok.”
Sekadar info, lagu pertama filem itu, “Loveyapa Ho Gaya” sudah pun mendapat sambutan hangat dan menambahkan lagi kemeriahannya.