Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAamir Khan-Kiran Rao & Kareena Kapoor-Saif Ali, Antara 6 Pasangan Bollywood Kahwin...

    Aamir Khan-Kiran Rao & Kareena Kapoor-Saif Ali, Antara 6 Pasangan Bollywood Kahwin Berlainan Agama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cinta adalah perasaan yang sangat indah dan ianya mempunyai kuasa untuk melangkaui sempadan. Selama bertahun-tahun, ramai orang termasuklah selebriti Bollywood telah berkahwin dengan pasangan mereka daripada agama berlainan, yang kini menjadi normal dalam masyarakat di sana.

    1. Aamir Khan & Kiran Rao 

    Foto – Times of India

    “Mr. Perfectionist” Bollywood, Aamir Khan (Islam) telah jatuh cinta dengan Kiran Rao (Brahmin Hindu) dari Bangalore. Mereka telah berkahwin pada tahun 2015, dan mempunyai seorang anak lelaki, Azad, hasil bantuan ibu tumpang. Pasangan ini telah bercerai pada tahun 2021, selepas 15 tahun berkahwin.

    2. Shah Rukh Khan & Gauri Khan 

    Foto – India TV News

    Paling kontroversi, kisah percintaan pasangan Shah Rukh Khan dan Gauri Khan masih lagi diperkatakan sehingga ke hari ini. Shah Rukh Khan telah jatuh cinta dengan Gauri Chibber, iaitu seorang penganut Brahmin Hindu. Hubungan mereka mendapat tentangan kuat daripada keluarga tetapi akhirnya mereka berkahwin pada tahun 1991 dan dikurniakan tiga orang anak.

    3. Soha Ali Khan & Kunal Kemmu 

    Foto – Bollywood Shaadis

    Soha Ali Khan dan Kunal Kemmu telah bertemu buat pertama kali di set filem ‘Dhoondthe Reh Jaoge’ (2009). Sejak daripada itu, mereka telah menjalinkan hubungan dan akhirnya berkahwin pada 25 Januari 2014.

    4. Kareena Kapoor & Saif Ali Khan 

    Foto – The Print

    Ramai yang menjangkakan Kareena Kapoor akan menukar agama seperti Saif (Islam) selepas berkahwin, tetapi sama seperti ibu mentuanya, Sharmila Tagore, dia kekal beragama Hindu. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak.

    5. Riteish Deshmukh & Genelia D’Souza 

    Foto – Reddit

    Genelia ialah seorang Katolik Mangalore, manakala Riteish pula seorang Hindu Maharashtrian. Kedua-duanya berkahwin pada tahun 2012 dan mempunyai dua anak lelaki yang sangat comel.

    ALSO READ:  #AJL38: Aina Abdul Kekal Pemegang Rekod 'Hattrick' Dengan Kemenangan Vokal Terbaik Selama Tiga Tahun Berturut-Turut

    6. Sanjay Dutt & Dilnawaz Sheikh@Maanyata

    Foto – ABP News

    Melalui rakan rapat, Maanyata atau nama sebenarnya Dilnawaz Sheikh, telah berkenalan dengan Sanjay pada tahun 2006. Dia kemudiannya berkahwin dengan Sanjay, walaupun mereka mempunyai latar belakang agama yag berbeza dan jurang umur 19 tahun.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts