Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAaron Aziz Berang Scammer Guna Wajah & Suara Versi AI Tipu Orang...

    Aaron Aziz Berang Scammer Guna Wajah & Suara Versi AI Tipu Orang Jual Baju RM1, Sudah Buat Laporan Polis & Aduan MCMC

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aaron AzizAaron Aziz

    Sebelum ini, pelakon Datuk Aaron Aziz memaklumkan dia telah membuat laporan polis ke atas empat akaun Instagram yang didakwa menjalankan sindiket penipuan.

    Wajah & suara AI

    Aaron AzizAaron Aziz

    Terbaharu, Aaron ketika ditemui berkata tindakan itu dibuat susulan ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan wajah dan suaranya dalam versi teknologi kecerdasan buatan atau AI (Artificial Intelligence) untuk mempromosikan barangan mereka.

    Scammer guna gambar dan suara saya dalam versi AI, kononnya saya jual baju berharga RM1. Ia tidak masuk akal.

    Kesudahannya, tidak fasal-fasal ramai yang ingat saya scam. Mereka mesej di Instagram bertanya adakah saya buka kilang baju.

    Sebelum ini kejadian begitu sudah pernah berlaku tapi selepas diberi amaran, mereka sudah padam hantaran itu. Namun kini mereka buat lagi.

    Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan sidang media filem The Experts yang diadakan di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Petaling Jaya pada Sabtu.

    Berang dengan tindakan scammer tersebut, Aaron berkata dia sudah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    MCMC ambil masa juga untuk cari dan jejaki si pelaku. Harapnya kita akan dapat bantuan dan tindakan pantas daripada MCMC.

    Bukan hanya saya, malah ustaz Azhar Idrus pun terkena kononnya dia jual kain pelekat.

    Dalam perkembangan terkini, Aaron bakal membintangi sebuah filem aksi heist tempatan tahun ini bertajuk The Experts.

    Filem yang turut dijayakan Mimi Lana, Remy Ishak dan Maya Karin tersebut bakal menemui penonton pada 23 Mei ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts