Pelakon dan pengarah, Datuk Aaron Aziz terpanggil untuk mengulas mengenai isu kaum adam yang mengenakan samping segera atau ‘instant’ dikatakan tidak kelihatan seperti lelaki sejati.
‘Tak nampak jantan?’
Lima tahun mengusahakan jualan samping di Singapura, Aaron berpendapat pemakaian samping ‘instant’ merupakan sebuah inovasi yang memudahkan urusan lelaki terutama di hari raya.
Ada orang cakap pakai samping ‘instant’ tak nampak jantan ( lelaki sejati)? Sebenarnya saya sendiri jual samping ‘instant’ sudah masuk tahun kelima, benda ini bukan sesuatu perkara yang baharu.
Saya sendiri kalau pakai samping biasa pergi beraya dua tiga rumah, dah caca marba samping saya. Terus rasa malas nak pakai lagi.
Apabila adanya samping ‘instant’, sebenarnya ia dapat memudahkan lagi kepada si pemakai. Tetapi kalau ada yang cakap tak nampak jantan itu pendapat peribadi mereka.
Sama juga macam makanan, tidak semua orang suka makan nasi lemak kan.
Dalam perkembangan lain, Aaron bakal membintangi sebuah filem berjudul The Experts.
Selain Aaron, filem tersebut juga dibarisi pelakon hebat seperti Remy Ishak, Maya Karin, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan ramai lagi.