Seorang pemandu bas lelaki yang memuat naik video membuat konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah, sudah ditahan polis pada pagi Jumaat.
Ditahan polis, TikTok banned
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Simpang Renggam, Johor kira-kira pukul 3 pagi.
Malah, polis turut merampas telefon bimbit milik lelaki tersebut yang dipercayai digunakan untuk membuat konten dan memuat naik video di TikTok miliknya.
Semalam, polis kontinjen Johor mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak dalam sebuah bas dipandu seorang lelaki.
Suspek memuatnaik rakaman video ke akaun media sosial TikTok Abang Bas dengan hantaran berkenaan masih wujud dan boleh diakses.
Siasatan terperinci sedang dijalankan dan polis mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa kanak-kanak yang terdapat dalam rakaman video itu supaya tampil bagi membantu siasatan
Sementara itu, menerusi tinjauan mendapati, akaun TikTok individu tersebut sudah di sekat atau ‘banned’.
Sehingga artikel ini ditulis, akaun TikTok yang menggunakan nama @mohdnrhadhim memiliki 653,300 pengikut.