Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAbang Jofliam Tampil Beri Penjelasan, Mengaku Tegur Adik Jangan Muat Naik IG...

    Abang Jofliam Tampil Beri Penjelasan, Mengaku Tegur Adik Jangan Muat Naik IG Story Dengan Isteri Orang – ‘Status Dia Hanyalah Skandal’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Abang kepada pempengaruh dan usahawan, Jofliam iaitu Syah Jofli tampil memberi penjelasan bagi pihak keluarga berhubung situasi yang mengaibkan sejak kebelakangan ini.

    Tidak pernah masuk campur urusan peribadi

    Menurut Syah, seluruh ahli keluarga tidak masuk campur urusan peribadi di antara Jofliam dan isterinya, Cik Epal.

    Sebagai abang, Syah berkata, dia hanya memberi teguran secara baik kepada adiknya agar tidak memuat naik Instagram Story dengan wanita lain yang merupakan isteri orang.

    Saya masuk campur setelah posting kemesraan yang ditunjukkan di Insta story yang mana boleh mengundang fitnah dan memburukkan nama keluarga. Perempuan masih berstatus isteri dan lelaki masih lagi dalam keputusan mahkamah. Saya sebagai abang telah tegur secara baik untuk tidak post story.

    Boleh mengundang fitnah. Tetapi justifikasi yang diberikan tidak dapat diterima oleh orang yang ada pendidikan agama.

    Screenshot yang diberikan adalah setelah adik saya iaitu kakakya diugut untuk menunjukkan keluarganya biadab dalam menegur. Semuanya telah diusahakan dari awal untuk tegur secara baik tapi dibalas dengan ucapan yang bagi saya tidak beradab dari seorang adik kepada abang.

    Tambah Syah, apa yang berlaku ini sepatutnya dibincangkan di dalam keluarga dan bukannya untuk dikongsikan di media sosial.

    Tetapi dengan angkuh mengatakan hendak bercerita juga di media sosial untuk menampakkan ketidakadilan bagi pihak lelaki. So the rest semua pun dah baca and cerita pun dah terlondeh dengan sendirinya.

    Kembali kepada keluarga

    Berbicara lebih lanjut, Syah memberi nasihat kepada Jofliam agar kembali ke pangkuan keluarga.

    Keluarga mana tidak sayangkan adik, abang dan anak sendiri. Tidak berbaloi untuk trade seorang perempuan yang bagi saya amat biadab yang berstatus isteri orang di media sosial. Status dia hanyalah skandal berstatus isteri orang yang tiada tempat di dalam keluarga.

    Di akhir perkongsian, Syah turut mengucapkan tahniah kepada adiknya itu kerana menang Top 100 Best Pizza Chef di dunia.

    Keluarga tidak pernah iri dan tumpang berbangga atas pencapaian peribadi. Cuma bagi saya kejayaan ini patut dikongsi bersama orang yang tersayang yang support dari tiada apa-apa kepada somebody. Bukan dengan orang luar.

    ALSO READ:  “Sebenarnya Awak Cabar Siapa, Netizen Atau Allah SWT?”- Aksi Sharifah Sakinah Dukung Anjing Macam Kucing Dikecam

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts