Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAbang Tesla Kesal Berita Sudah Timang Anak Sulung Dengan Isteri Kedua Tersebar...

    Abang Tesla Kesal Berita Sudah Timang Anak Sulung Dengan Isteri Kedua Tersebar – ‘Saya Dah Sorokkan Tentang Kelahiran’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Abang TeslaAbang Tesla

    Pempengaruh Abang Tesla meluahkan rasa kesal apabila berita kelahiran bayi sulung hasil perkahwinan dengan isteri kedua, Nursyafiqa Mohd Hanafi tular dalam media sosial.

    ‘Dituduh bolot harta’

    Abang TeslaAbang Tesla

    Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 30, berkata, dia sudah berusaha sehabis baik menyembunyikan berita tersebut demi menjaga hati dan perasaan beberapa pihak.

    Bini saya (isteri kedua) dekat hospital, saya tak tahu macam mana nak buat lagi.

    Saya dah sorokkan tentang kelahiran anak saya, tetapi orang luar yang update dekat sosial media.

    Saya dah cuba menjaga segala sudut, saya harap jangan buat fitnah yang bukan-bukan.

    Saya dah tutup mulut ketat-ketat dah untuk jaga hati masing-masing.

    Abang Tesla berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

    Dalam pada itu, Abang Tesla turut memuat naik tangkapan skrin layar berita kelahiran bayinya yang tersebar di media sosial yang dimuat naik seorang individu.

    Tahniah Ika (Nursyafiqa) dan Khal (Tesla) telah menimang cahaya mata putera yang pertama sebagai pewaris Khal Legacy (perniagaan Abang Tesla).

    Semoga dengan kehadiran Khal Junior akan mengekalkan ikatan perkahwinan anda hingga jannah.

    Tambah Abang Tesla, disebabkan perkongsian tersebut, isteri keduanya telah dituduh ingin membolot harta miliknya.

    Disebabkan posting orang ini, isteri kedua saya dituduh nak bolot harta.

    Saya tak tahu kepana dia perlu menaip macam ini untuk ucapan. Isteri saya sendiri tiada kongsikan apa-apa.

    Terdahulu, isteri pertama Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari mendakwa dirinya telah dihina oleh keluarga madunya.

    Sudah lama berdiam diri dan menahan sabar, Nurmajdina menerusi hantaran di Instagram Story berkata, segala pengorbanan yang dilakukan selama ini tidak dihargai.

    ALSO READ:  Siti Jamumall Nafi Tagih Perhatian, Tak Pernah Buat Main Isu Anak Tertukar – ‘Mak Kot Takkan Sanggup Buat Macam Tu’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts