Isu rumah tangga pempengaruh sensasi iaitu Abang Tesla dan kedua-dua isterinya masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
‘Aku diam korang menjadi-jadi pula’
Terbaharu, Abang Tesla atau nama lengkapnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story) berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang mencampuri urusan rumah tangganya.
Perkara itu dimaklumkan Khal selepas menerima komen jelik yang ditinggalkan seorang individu kepadanya.
Aku diam korang menjadi-jadi pula. Esok (hari ini) saya akan saman tiga individu untuk dijadikan pengajaran kepada semua yang masuk campur acah terpaling tahu dalam rumah tangga.
Yang menghina seolah-olah tahu semua dalam sampai katil rumah saya teruskan.
Dalam pada itu, Khal memberitahu tujuannya mengambil tindakan undang-undang adalah sebagai pengajaran kepada semua individu agar berhati-hati dalam berkata-kata lebih-lebih lagi apabila melibatkan urusan peribadi orang lain.