Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAbby Abadi Beri Respon Isu Marissa & Aslam ‘Shooting’ Bersama-“Menggunakan Kesempatan…”

    Abby Abadi Beri Respon Isu Marissa & Aslam ‘Shooting’ Bersama-“Menggunakan Kesempatan…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan anak perempuan kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, iaitu Marissa Dania bersama Aslam difahamkan sedang menjalani fotografi koleksi baju raya sebuah jenama tempatan.

    Tuntut Permohonan Maaf

    Apa yang membuatkan netizen ‘berang’ adalah apabila isteri pertama kepada Aslam iaitu Misya Mazlan turut menjadi model baju raya berkenaan sehingga mendapat reaksi daripada kakak kepada Misha, Nadiah yang meminta pihak terlibat membuat permohonan maaf kerana rakus mahu menaikkan jenama dengan melukakan hati orang lain.

    ” @j***** w******* Bertaubat dan minta maaf pada Misya Mazlan kerana mungkin dalam keasyilan, kerasukan dan kesungguhan untuk menaikkan produk jenama kalian, sampai melukakan hati manusia yang  sememangnya sudan lama terluka. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang berbuat kebaikan kepada manusia lain. Tolong!.

    Untuk pengetahuan, Misya memang tak tahu langsung yang waktu shoot produk tu, perempuan ini juga shoot produk yang saya. Dan bila dah sampai tempat casting baru tahu. Dan pada masa tu juga telah diberitahu jangan post benda-benda yang melibatkan Misya dan perempuan ini.”-tulis Nadiah, kakak kepada Misya

    Abby Abadi Beri Respon!

    Dalam pada itu, ibu kepada Marissa Dania iaitu Abby Abadi menerusi Insta Stories meluahkan rasa kesal terhadap pihak jenama pakaian yang disifatkan menggunakan kesempatan atas kesulitan dan kelemahan orang lain.

    “Menggunakan kesempatan atas kesulitan kelemahan orang lain..Berpada-pada lah…Portal hiburan memang tunggu je konten-konten mengundang macam ni. Lagi ramai maki lagi menang ye tak?.”-tulis Abby di Insta Stories

    Apa komen anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts