Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAbby Abadi Bersuara Isu Anak?-“Bila Pula Saya Bela Anak Saya Dengan….”

    Abby Abadi Bersuara Isu Anak?-“Bila Pula Saya Bela Anak Saya Dengan….”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Masih menjadi topik hangat hingga hari ini, isu mengenai anak perempuan pelakon, Abby Abadi, iaitu Marissa Dania sehingga si ibu tampil bersuara selepas pelbagai spekulasi timbul di media sosial.

    Kesal Hantaran Di Media Sosial Diputar Belit?

    Abby Abadi menerusi Insta Stories, tampil memberikan teguran kepada segelintir pihak yang memutar belit hantarannya yang mendakwa dia membela Marissa.

    “Ya Allah, bila pulak saya bela anak saya dengan cakap macam ni?

    Ambil dari mana statement ni. Bila jawab, pusing sana sini. Bila diam, buat cerita sendiri. Bekerja tu ingatlah doa pahala sama ya.”-tegur Abby

    IKLAN

    “Saya Tak Pernah Bela & Menangkan Anak Saya..”

    Dalam pada itu, Abby turut menegaskan bahawa dia tidak pernah mengiyakan tentang pernikahan di Thailand serta mempersoalkan kenyataan palsu mengenai dia yang meminta pihak terlibat untuk bercerai.

    “Mana datang statement ni? Saya tak pernah mengiyakan tentang pernikahan di Thailand tu. Macam mana kata saya suruh mereka bercerai pula?

    Sebagai ibu, dari awal timbul isu ini, saya tak pernah bela dan menangkan anak saya. Kalau betul berlaku seperti yang digembar-gembur, Allah lah sebaik-baik tempat  mengadu dan semoga Allah melindungi anak-anak saya.”-tegas Abby

    Sebelum ini, tular berita mengenai anak perempuan pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikatakan telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Thailand pada Disember tahun lalu.

    Media tempatan turut melaporkan bahawa anak pelakon terkenal ini mengajak lelaki berkenaan untuk berkahwin ketika isteri pertamanya berada di Mekah untuk menunaikan Umrah.

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts