Nama anak kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Marissa Dania masih lagi menjadi bualan selepas tular dakwaaan yang mendakwa telah bernikah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada akhir Disember lalu.
Netizen Persoal Marissa Terkena Buatan Orang?
Terkini, Abby menjawab persoalan peminat mengenai Marissa Dania yang dikatakan telah terkena buatan orang sewaktu berkongsi pautan Ask Me A Question di Instagram miliknya.
“Kak Abby tak kata Marissa kena buatan orang kan?”- soal peminat di Instagram
“Bila Masa Pula Saya Keluarkan Statement ni?”
Abby kemudian menjawab pertanyaan netizen berkenaan dengan menafikan bahawa anak perempuannya itu telah terkena buatan serta mempersoalkan tindakan pihak terlibat yang sanggup mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kepadanya.
“Bila masa pula saya keluarkan statement ni? Baca dekat mana? Banyak sangat ke pahala diorang ni asyik keluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah kepada saya? Ish ish.”-balas Abby Abadi
Awal Februari lalu, Abby Abadi tampil memberikan kenyataan yang menyatakan bahawa dirinya tidak pernah mengiyakan mengenai pernikahan di Thailand.
Tegas Abby sebagai seorang ibu, sejak dari awal timbul isu mengenai Marissa, dia tidak pernah membela dan menangkan anak perempuannya serta menitipkan doa agar Allah SWT melindungi anak-anaknya.
Sekadar info, Abby Abadi pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 2009.
Selain Marissa, mereka berdua juga mempunyai dua lagi cahaya mata bernama Mohamed Danish dan Marisa Danisha Hakim.