Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAbby Abadi Kongsi Tips Diet, Tiga Bulan Tak Makan Nasi – ‘Sekarang...

    Abby Abadi Kongsi Tips Diet, Tiga Bulan Tak Makan Nasi – ‘Sekarang Ambil Tapi Dua Sudu, Nak Berat 60kg’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Abby AbadiAbby Abadi

    Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berkongsi tips diet yang diamalkan sehingga berjaya menurunkan berat badan.

    Nasi dua sudu

    Abby AbadiAbby Abadi

    Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, dia menahan diri daripada mengambil makanan dalam kuatiti yang banyak untuk tempoh tiga bulan.

    Namun, apabila sudah memperoleh bentuk badan yang ideal, Abby mula mengambil nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

    Tiga bulan awal hari itu saya kuat tak makan langsung. Sekarang makan juga. Sekarang makan dua sudu nasi, lauk lebih.

    Abby berkongsi tips tersebut menerusi sesi soal jawab (Q&A) bersama pengikutnya di Instagram Story.

    Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Abby memberitahu dia ingin menurunkan lagi berat badannya sekitar 60 kilogram.

    Mula sedar masa raya tahun 2024 ternaik penimbang dekat kampung, berat 78.8 kg.

    Balik dari kampung terus insaf, setelah tiga bulan berlalu berjaya turun berbelas kg dah.

    Nak turun lagi sampai 60kg, doakan saya.

    Terdahulu, beberapa perkongsian di Instagram Abby mencuri perhatian netizen apabila ramai yang terkejut dengan penampilan terkininya yang semakin kurus.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts