Pelakon Abby Abadi menafikan dakwaan segelintir pihak iaitu dia dengan sengaja memutar belitkan cerita berkenaan kematian cucu sulungnya baru-baru ini.
Penjelasan Abby
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menjelaskan bahawa dia tidak tahu menahu soal kematian cucunya dan hanya mengetahui tentang berita tersebut selepas semuanya selesai.
Pasal Marissa kematian anak itu, saya memang tak tahu..lambat dapat tahu. Demi Allah saya tak tahu.
Ada yang kata saya pusing cerita, tahu tapi buat tak tahu. Aduhai, apa yang saya nak pusing? Saya memang tak tahu.
Dalam pada itu, aktres berusia 46 tahun tersebut menegaskan bahawa dia sama sekali tidak menggunakan hal peribadi sebagai konten untuk meraih perhatian.
Saya dapat tahu selepas semuanya selesai. Kenapa susah nak terima kenyataan saya?
Semua nak kata saya buat cerita, buat konten..ingat orang tak ada kerja ke?
Terdahulu, menerusi temu bual bersama media, Abby dan anaknya Marissa Dania menjelaskan tentang dakwaan merahsiakan berita kematian bayi tersebut.
Imbas kembali, bayi sulung Marissa dan Aslam meninggal dunia ketika dilahirkan pramatang. Difahamkan, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Aslam kemudian mengesahkan berita kematian anak sulung mereka dan meminta orang ramai untuk tidak mencetuskan spekulasi berhubung berita tersebut.
Bagaimanapun, Abby kemudian memaklumkan dia tidak tahu menahu soal berita Marissa sudah bersalin.