Pelakon Abby Abadi memberitahu anaknya, Daiyan ada memintanya untuk membelikan anak patung yang sedang menjadi trend ketika ini iaitu Labubu.
Patung iblis
Bagaiamanapun, Abby, 46, berkata, dia tidak membelikan anaknya patung tersebut disebabkan bentuknya yang menyeramkan.
Kongsinya, dia juga ada membaca sebuah perkongsian yang mendakwa patung tersebut adalah boneka iblis.
Hari itu Daiyan minta belikan Labubu (patung), saya tengok muka patung itu saya takut sebab macam hantu. Saya kata dengan anak nanti malam dia bangun gigit Daiyan.
Semalam suami jumpa artikel fasal patung ini, rupanya Labubu itu boneka iblis ya. Aduh seram.
Abby berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Justeru, Abby menasihati orang ramai yang sudah memiliki patung tersebut untuk membuangnya.
Jadi yang dah beli itu buanglah. Seram tau. Kot dia bangun nanti.