Ucapan pelakon Abby Abadi sempena ulang tahun kelahiran yang ke-19 anaknya, Marissa Dania menerusi Instagram (IG) telah menyorot perhatian wargamaya.
‘Sanah helwah Marissa Dania’
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memaklumkan bahawa dia begitu menyayangi Marissa dan tidak menyangka anak perempuannya itu kini sudah pun meningkat dewasa.
Sanah helwah Marissa Dania, mama sayang adik sangat-sangat. Semoga Adik sentiasa dalam reda dan kasih sayang Allah.
Sekejap ja masa berlalu, 19 tahun dah umur anak mama? Tak puas lagi mama jaga adik.
Tapi mama yakin, anak mama ini anak yang baik, yang jaga solat dan jaga aurat. Allah sentiasa bersama anak mama.
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila bekas ahli kumpulan Elite itu menegaskan bahawa dia akan datang mempertahankan Marissa sekiranya ada pihak yang membuat anaknya itu menangis.
Sentiasa semat dalam hati, mama abah dan papa mummy. Adik-beradik lain semua sayang adik sangat-sangat tau.
Siapa buat adik menangis bagitahu, mama datang.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya dan rata-ratanya turut menitipkan ucapan hari jadi buat Marissa.