Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAbby Mengaku Ada Sesuatu Yang Membuatkan Anaknya Berubah, Netizen “Takut” Ada Terkena...

    Abby Mengaku Ada Sesuatu Yang Membuatkan Anaknya Berubah, Netizen “Takut” Ada Terkena Ilmu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perbuatan menggunakan sihir dalam kalangan masyarakat hari ini masih lagi berlaku walaupun kita kini hidup dalam dunia serba moden.

    Umum mengetahui bahawa ilmu sihir ini bertujuan agar individu yang disihir mengasihi seseorang sama ada tukang sihir sendiri atau orang yang mengupahnya. Dalam kalangan masyarakat Melayu ia juga popular dipanggil ilmu guna-guna.

    Ada yang menggunakan pakaian pasangan yang hendak disihir untuk dijampi. Ada yang menggunakan bahan-bahan tertentu yang telah dijampi dan dimasukkan dalam makanan mahu pun minuman.

    Tanda-tanda seseorang yang terkena sihir pengasih adalah seperti perubahan sikap yang amat drastik, contohnya daripada tidak suka menjadi suka secara tiba-tiba.

    Begitu juga timbul perasaan sayang, cinta dan rindu yang tidak tertahan-tahan sehingga mengganggu emosi.

    Apa yang lebih dikhuatiri ialah lahir keinginan seksual yang meluap-luap seolah-olah tidak dapat dikawal sehingga sanggup berbuat apa sahaja demi orang yang dicintai walaupun perkara tersebut bertentangan dengan adat dan hukum syarak.

    Mengeratkan hubungan suami isteri merupakan tujuan yang baik. Namun begitu tujuan tersebut tidak menghalalkan ikhtiar melalui sihir.

    Bercakap soal ini, baru-baru ini media hiburan digemparkan dengan kenyataan dan luahan daripada pelakon dan penyanyi Abby Abadi berpendapat menantunya yang juga suami kepada Marissa Dania Hakim iaitu Aslam bukan individu yang berkemampuan untuk mengamalkan poligami.

    Abby memaklumkan dia bahkan tidak tahu menahu mengenai hubungan mereka sehingga sanggup mengambil keputusan drastik untuk berkahwin.

    “Aslam bukan orang yang boleh berpoligami. Saya tak nampak sebab dia tak berkemampuan.

    “Keluarga yang lain tak tahu menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki (Aslam) yang sekarang ini lah,” katanya dalam satu temu bual bersama usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram.

    Menerusi temu bual itu, Aliff bertanya adakah Abby akan menerima Aslam jika menantunya itu datang berbaik dengannya.

    ALSO READ:  “Saya Tahu Cerita Dari Awal Sampai Akhir”- Puteri Sarah Sedia Jadi Tempat Mengadu Untuk Bella Astillah

    Menurut Abby, dia berasa terkejut dengan perubahan Marissa sehingga bukan seperti anak yang dikenali.

    “Marissa dari kecil dengan saya dan anak saya tak macam sekarang. Saya pun rasa macam ada rasa sesuatu yang membuatkan dia seperti berubah 360 darjah… macam bukan dia.

    “Benda ini memang di luar jangkaan saya dan bapanya (Norman Hakim). Kami dah berhabis baik jaga anak kami tapi tak tahu kenapa sampai ke tahap itu dia boleh buat,” katanya.

    Menjengah ke ruangan komen pada hantaran Instagram, rata-rata meluahkan rasa bimbang akan perubahan Marissa sehingga ada yang mula membuat andaian bahawa gadis ini seakan-akan terkena ilmu dan sebagainya.

    “Kena bawak check sama takut-takut ada benda yang membuatkan anak jadi macam tu…cer bawak jumpa ustaz” – tulis netizen

    “Tengok gaya Marissa macam dah naik gila sukakan si Aslam! Entah-entah kena guna guna…” – tulis netizen

    “Marissa level kamu…Datuk Aslam” – tulis netizen

    Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang tuduhan melulu dan membuat sebarang andaian yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dengan tuduhan fitnah melampau.

    Ini kerana fitnah itu dikatakan lebih kejam daripada membunuh!

    Sebagai umat Islam, beramal dengan cara Islam jauh lebih baik untuk memelihara kesihatan atau pendinding diri.

    Caranya, beramal dengan ayat al-Quran, doa rukyah yang diajar Baginda Nabi SAW, menjaga pemakanan yang sihat, beramal dengan zikir yang warid. Cari penawar atau penyakit mesti ikut hukum syarak!

    Seputar info, pada 7 Februari lalu, Marissa yang juga anak kedua daripada tiga beradik, mencetuskan kontroversi apabila dikatakan bernikah secara rahsia dengan lelaki berstatus suami orang dikenali sebagai Aslam, di Songkhla, Thailand.

    ALSO READ:  Kamal Bakar Pulang Mengadap Illahi

    Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam, iaitu Misya Mazlan sedang mengerjakan umrah pada 27 Disember tahun lalu.

    Pendedahan dibuat disahkan kakak Misya, Nadiah Mazlan. Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.

    Misya menerusi satu hantaran dalam media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suami.

    Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts